Friday, September 9, 2011

TeRlaBuH SudAh TiRaiNya

Assalamualaikum, salam kasih saudara seagama buat semua...Alhamdulillah...Ramadhan yg telah melabuhkan tirainya sekian lama disambut manis oleh kemeriahan Syawal..sedih jika nak dibayangkan apa natijahnya utk Ramadhan kali ni kan? biarlah ia menjadi rahsia antara kita dgn Allah...semoga Allah sentiasa bawa bersama hati kita semua ke dalam redha serta maghfirahNya... salam muhasabah buat semua pembaca & blogger sekalian, smoga hari2 kita sentiasa disertai dengan muhasabah yg membantu ke arah penambahbaikan diri kita sebagai insan yg dikasihi Allah di sisi-Nya,, Insya Allah... Selamat Mengharungi Hari2 seterusnya bersama kekuatan hati yg dibekalkan Allah, semoga kita semua sentiasa thabat di jalanNya, biiznillah...

Saturday, July 30, 2011

RinDu RaMadHaN...^_^

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..QS Al Baqarah : 183

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan , maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. QS. Al. Baqarah : 184

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. Qs. Al. Baqarah : 185

Assalamualaikum buat smua sahabat2 seagama yang bakal menyambut Ramadhan Kareem dlm jangka masa yang begitu hampir sekali...!!! ^_^ Rasa berbunga2 hati ni rindukan bulan yang mulia anugerah Allah buat Umat Muhamad s.a.w ni...apa persediaan yang kita dah buat ye??? adakah lebih kita tumpukan diri kita untuk menghadapi 'Madrasah Ramadhan' dengan sesungguhnya atau pun lebih tumpukan pada persiapan raya? Begitu la saban hari, saban tahun, saban dekad & abad... umat lebih tumpukan pada kebahagiaan dan kegembiraan yang dapat dilihat oleh mata kasar... kalau keluar ke bandar2 boleh tengok ramai yang dah beli baju raya, bahan2 untuk kuih raya, langsir baru & macam2 lagi lah...Ramadhan x menjelma lgi kan??? raya dah terasa? kadang2 lawak jugak kalau difikirkan kerenah manusia yang pelbagai ni, macam2 ragamnya...^_^ tapi, bagaimana rasa bahagianya hati untuk sambut Ramadhan akan datang, telah menusuk ke kalbu kita? hrm... teringat Ramadhan lepas di bumi tarbiyah...Rindunya Ya Allah...macna sambutan Ramadhan terakhir di 'Bumi Tercinta' kali ni buat kami pelajar tahun akhir APIUM bersama adk2 yang disayangi kerana Allah ni..??? Insya Allah semoga tersemat indah hasil 'Tarbiyah Ramadhan' dalam hati ni hingga boleh diistiqamahkan hingga ke KL nanti & paling penting dalam kehidupan seharian..biiznillah



SALAM RAMADHAN KAREEM...

Thursday, July 28, 2011

ALHAMDULILLAH...bErBeZa DAriPaDa SeBeLumnYa...


Alhamdulillah...kaki ini telah selamat sampai di bumi tarbiyah yang dicintai awal pagi tadi, mengimbau pengalaman pulang ke kampung halaman untuk cuti pertenganhan semester pertama ni memang berbeza berbanding cuti2 sebelum ni. Kali ni banyak masa dihabiskan bersama keluarga, memang itu niat yang terdetik di hati sejak sebelum kaki ini mengorak langkah pulang lagi. Subhanallah, takdir yang ditentukan Pencipta adalah yang terbaik buat hamba2-Nya... syukur Ya Allah...teringat deringan telefon beberapa minggu sebelum kepulanganku ke tanah tumpahnya darah, kak kinah,awal-awal lagi dah 'booking' hari sabtu untuk teman dia keluar ke Alor Star, memang kalau nak dikirakan letih badan tu x habis2 lgi, mana tidaknya, sabtu pagi sblm subuh bas yang menyebabkan badan aku lenguh buat masa yang agak panjang baru je sampai di Hentian Shahab Perdana, sebaik je sampai dah kena terus ke Alor Star, tapi aku kuatkan diri supaya niat asal kepulangan ini x tersasar, memang diri dan masaku kali ini milik keluarga...tapi, kepulangan seperti x lengkap kalau x berjumpa walid walaupun hanya seketika,erm...keesokan paginya, rumah kosong, aku bersama mak & ayah keluar ke Alor Star lagi untuk beli barangan keperluan, ye la...sejak ayah baru lepas pembedahan, kereta tu x da yang memandunya melainkan adik bongsu yang baru lepas dapat lesen tu, kak kinah pon jarang-jarang sekali balik hujung minggu, alamatnya kepulanganku kali ni sebagai seorang driver pada family,,, ^_^... tengaharinya lepas saja hantar mak ayah balik rumah, aku terus ambik beg dan meluncur terus ke Jeniang, rumah keduaku... 2 hari 1 malam bersama walid di asrama sekolahnya... teringat kuliah maghrib yang disampaikan walid mlm tu, antaranya turut terselit cerita mengenai 'somed' atau nama panggilan yang diberi walid, 'Abdul Somad', anak siam yang baru berusia 13 tahun yang comel dan jernih air mukanya...masih terbayang2 wajah adikku sorang tu, mahu tidaknya, setiap kali solat berjemaah dia mesti ada di tepi pintu musolla melihat sahabat2nya yang beragama Islam menunaikan tuntutan solat fardhu 5 waktu,, antara cerita walid..."Pada malam walid sakit tempoh hari, 'Abdul Somad' temankan, pesan walid..."Abdul Somad, nanti jadi anak yang soleh ye.." bercucuran air matanya jatuh pada saat tu beserta 1 lafaz yang keluar, "bukan saya x nak, tapi mama cakap, nak belajar boleh, nak masuk jangan," anak muda yang kuat hatinya & telah khatam 'iqra'' dan hafaz surah-surah lazim tu turut menitiskan air matanya pada malam walid membuka cerita tersebut di depan kami semua buat kesekian kalinya," kita sama-sama doakan supaya Allah berikan hidayah pada Abdul Somad sekeluarga, pesan walid...insya Allah...masa yang begitu singkat, banyak perbincangan dan perbualan kami habiskan malam tu, hingga jam mencecah 11.30 malam, perbincangan yang membawa 1001 makna, sebagai seorang ayah, walid begitu memahami & kelihatannya seperti dia mengetahui 'sesuatu', tapi bimbang untuk tanya, takut2 benda yang akan dijawab t adalah benda yang aku x nak dengar plak...^_^, besoknya lepas sahaja bersembang dengan anak buah walid, aku terus mintak diri untuk pulang, dan seperti biasa aku pasti menantikan pesanan terakhir dari walid...di pintu kereta, pesanannya bersangkut paut dengan apa yang kami bincangkan malam tu, begitu menusuk sehingga sepanjang perjalanan pulang otakku ligat memikirkannya.. hari tu agak meletihkan, tapi membuahkan makna yang mendalam, terima kasih walid,terima kasih Ya Allah kerna memberi kesempatan walaupun seketika untuk bersua dgn. ayah yang tersayang, besoknya sehari bersama ayah keluar untuk urusan pembayaran bil dan segala yang berkaitan, erm,,, x la boring sangat sebab prosesnya cepat je..agak seronok, ^_^... hari terakhir di kampung halaman, Fuad mintak aku jadi waris dia untuk hari anugerah cemerlang... teringat masa kat sekolah, lawak je kenangannya, ramai yang tanya apa hubungan aku dgn adikku yg sorang tu...hehe, selesai saje menerima anugerah sebagai ketua pelajar di sekolah dia, kami terus melulu ke kelas untuk tanda tngan buku rekod prestasi, lastly...jalan2!!! kali pertama makan di kedai dengan dwet adik sendri..hehe, selalunya berbeza, org lain yang belanja dia, kali ni murah sungguh hati dia...^_^, selesai ja makan, kami g ziarah Ustazah Maryam di rumah selepas 2 terus ke kubur tok d kampung sebab mlm 2 bas aku dah nak bertolak ke kelantan, jadi siangnya dihabiskan sungguh2 untuk perkara yang berpatutan..^_^.. seperti biasa, bas yang aku bakal naiki lambat sejam...tapi alhamdulillah, dalam tempoh menuggu bas tu, aku dah siapkan 1 kerja...xperlu lah nak kena bwat lagi dah smapi U t...^_^, selesailah cerita cuti kali ni di kampung halaman... sekarang menunggu tibanya RAMADHAN AL-MUBARAK!!! x sabarnya nak menghadapi Ramadhan Kareem, semoga ia berjaya menjadi Madrasah Tarbiyah yang terbaik untuk diri kita semua...^_^ SALAM RAMADHAN KAREEM....


ayah & kak kinah


fuad, ayah & baby


walid & anak-anaknya


Thursday, June 16, 2011

DiUji...

assalamualaikum w.b.r....hari yang penuh dengan ujian!!!! tanda Allah masih mengingati hamba-Nya ini hatta begitu bertimbun kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukan. Kekuatan milik Allah, hanya pada-Nya aku berserah...bukan mudah untuk bekerja dengan orang yang berbeza pendapat, tapi di situlah ada dugaan Allah bagi melihat kebergantungan hambaNya telus & terus pada pencipta, aku pasakkan berbaik sangka pada semua, agar jiwa x merana, hati x terluka & sahabat2 terus ceria dengan keadaan semasa...biarlah hati diguris, yang pasti semuanya sentiasa dalam suasana yg baik serta dalam keredhaan Allah...pernah terlintas di ruangan fikiran ini, alangkah baiknya jika semua hati bersatu & bergerak sejajar demi membawa Islam, bukannya 'kepentingan diri' di hadapan..kadang-kadang kita sering menuding jari pada orang lain, sedangkan kita sendiri x sedar yang diri kita melakukan sesuatu yang lebih teruk dari itu. Kepercayaan dan kethiqahan pada seseorang boleh terhakis hanya dengan sebaris kata-kata yang menampakkan ketidakmatangan & ketidakcerdikkan di hadapan orang ramai. Kononnya 'dia'lah pemimpin terbaik, mungkin itu bagi orang yang begitu taksub pada'nya'...Tapi jika kita tapis menggunakan kewarasan akal, ilmu & garis panduan agama...dengan ayat 'itu', kononnya 'mereka' jauh lebih tinggi kedudukannya dari 'yang lain', menampakkan apakah yang sebenarnya dikejar...? adakah kedudukan? @ keseronokan apabila disanjung ramai? biarlah Allah menjadi juri dalam melabelkan di mana tahap hamba-hambanya ini...pohon dijauhkan diri ini dan shabat2 seperjuangan daripada mewarisi sifat ini... biarlah dicaci, maki...yang penting ingat...'JANJI TAAT SETIA' kita hanya pada Allah & untuk Allah, semoga redha Allah mengiringi setiap langkah insya Allah... MEMBANGUN BERSAMA KEIKHLASAN!!!

Tuesday, June 14, 2011

PeMiKiraN YaNg BerBahAya...

Kelihatan umat Islam di negara ini saban hari semakin mendalam ilmu mereka terhadap agama ini. Sayugia kita bersyukur kepada Allah dan kita usaha lebih lagi, agar semakin ramai di kalangan kita yang faham agamanya. Kesan dari usaha yang tidak mengenal penat dan jerih ulama zaman silam dalam memartabatkan keilmuan Islam, telah menampakkan hasil yang lumayan ketika ini. Apakah perlu kita rasa bersyukur dengan keadaan sebegini? Ya. Sudah tentu.

Implikasinya adalah, timbulnya satu golongan yang menyatakan bahawa mereka adalah golongan pembaharuan atau tajdid. Golongan tajdid ini berusaha untuk memurnikan semula ajaran Islam, amalan umat Islam yang dikotori noda bid'ah dan perbuatan ibadah tiada nas. Sesungguhnya, kedatangan golongan tajdid ini diperlukan. Fungsi mereka sangat penting untuk menjaga kesucian pengamalan di dalam agama ini. Kerana kita akan sering leka dan lalai dalam semangat untuk beribadah sehingga terlupa kepentingan dan kewajipan kita merujuk nas.

Sudah menjadi satu tradisi, apabila perkara baik datang akan ada manusia yang menangguk di air keruh. Mereka mengambil kesempatan atas nama tajdid. Kesucian nama gerakan tajdid dikotori dengan tindak-tanduk golongan pseudo-tajdid (seolah-olah tajdid) ini malah telah memecah belahkan umat ini kepada kelompok yang banyak. Kita lihat kebanyakan golongan pseudo-tajdid ini menggunakan kata bid'ah itu sewenang-wenangnya dan di mana sahaja. Apa sahaja yang tidak menepati citarasa dan kemahuan mereka, akan seboleh-bolehnya dibid'ahkan.

Harus bagi kita mengenali sifat-sifat asas golongan ini bagi mengelakkan kita terjebak di dalam virus membid'ahkan sesama muslim. Kelompok pseudo-tajdid ini amat mudah sekali kita temui di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya dalam negeri. Mari kita lihat antara sifat-sifat umum yang ada pada penggerak pseudo-tajdid ini:

  1. Tiada asas pengajian al-Quran dan Hadith yang kukuh. Mereka sekadar membaca dan meneliti hujah-hujah para ulama di dalam kitab-kitab yang sudah diterjemahkan. Penggerak pseudo-tajdid ini hanya mengambil makna lafzhi (makna dari segi lafaz) sahaja dalam terjemahan al-Quran dan Hadith, dan terus menggunakannya sebagai hujjah mereka. Bila anda meminta dibawakan nas, mereka akan bawakan nas dalam keadaan yang tidak ilmiah seperti berkata: "Ada Ustaz A berkata...", "Sheikh B di dalam kitab beliau berkata..", "Masa saya belajar dulu, hukumnya begini..."dan lain-lain yang mana tidak ada pembuktian sahih di depan mata akan nas yang dipegang. Mereka hanya berlegar-legar pada makna nas yang mereka hafaz sahaja. Jangan ditanya pada Asbab an-Nuzul ayat atau pun kedudukan rawi hadith. Kerana mereka tidak tahu

  2. Tiada asas pengajian Usul Fiqh yang kukuh. Golongan pseudo-tajdid IPT ini kebanyakannya tiada asas pengajian Usul Fiqh dan kaedah mengeluarkan hukum yang digariskan oleh Fuqaha Islam. Mereka tidak faham apa ertinya Nas Qat'ie, Nasikh Mansukh, Qiyas, Istihsan, Masaalih Mursalah, 'Amal Ahli Madinah, Qaul Sahabah dan lain-lain. Mereka juga tidak faham kaedah yang digunakan oleh Ulama Mazhab yang empat (Shafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi) di dalam meletakkan kedudukan semua yang di atas dalam martabat mengambil nas. Implikasinya, golongan pseudo-tajdid tidak tahu kenapa Imam as-Shafie menyatakan bahawa Bismillah adalah ayat pertama surah al-Fatihah sedangkan gurunya Imam Malik menyatakan Bismillah bukan ayat pertama al-Fatihah.

  3. 'Ilmu' melebihi Mufti dan Ulama. Kehebatan 'ilmu' agama yang ada pada mereka kelihatan pada zahirnya melebihi ulama yang ada. Apa tidaknya? Siapakah yang berani mengatakan bahawa Mufti salah? Siapa pula yang berani menyatakan pandangan ulama silap? Hanya golongan pseudo-tajdid sahaja yang berani menyatakan dengan terangan bahawa mufti itu dan mufti ini salah mengeluarkan fatwa. Malah golongan pseudo-tajdid IPT ini berani juga membawakan nas mereka untuk menguatkan pendapat bahawa fatwa mufti dan ulama itu salah. Bukankah lebih hebat namanya tu?

  4. Mengikut kawan. Atau lebih senang, mereka bermazhab Ik-Wan (Ikut kaWan). Apa sahaja yang kawan seperjuangan mereka katakan, akan diiakan oleh mereka. Malah ada pula yang mengambil pandangan temannya itu sebagai hukum. Kalau si A katakan hukum berzikir dan doa selepas solat itu bid'ah, maka teman seperjuangannya pula akan berkata "Menurut A, hukumnya bid'ah! Masuk neraka"

  5. Tidak menerima hujjah dan nas orang lain. Hal ini sebenarnya berlaku kesan daripada tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam bidang al-Quran, Hadith dan Usul Fiqh. Kerana tidak tahu status hadith sahih, mutawatir dan sebagainya, mereka sukar untuk terima hadith lain yang kelihatan bertentangan dengan nas pegangan mereka. Hal ini tidak menghairankan, kerana apabila kita sudah sebati dengan suatu benda, hinggakan kita tidak ambil peduli perkara lain, memang sukar untuk kita ubah pendirian kita terhadap perkara baru yang dibawakan kepada kita.

  6. Tiada mengikut mazhab. Ciri ini kadangkala sukar dimengertikan. Walau pun tidak saya katakan 100% golongan pseudo-tajdid ini tidak bermazhab, tapi ada di kalangan mereka ini tidak berpegang kepada mazhab fiqh khususnya mazhab yang empat. Bagi mereka cukuplah menurut hadith dan al-Quran sebagai ikutan. Takut timbulnya rasa taksub kepada Imam mazhab. Mereka lupa agaknya, bahawa semua Imam mazhab juga mengambil hukum dari al-Quran dan Hadith. Ya. Betul. Kalau kita mengikut al-Quran dan Hadith 100%, kita adalah golongan Ahlussunnah wal Jama'ah yang dijanjikan Syurga. InsyaAllah. Tetapi jangan lupa kepada satu perkara beza antara Imam mazhab dan penggerak kita adalah: IMAM MAZHAB BERMARTABAT MUJTAHID, DAN KITA BERMARTABAT ORANG AWAM. Apakah sama pandangan seorang Mujtahid dalam menilai hadith dengan pandangan orang awam seperti kita?

  7. Salah cara berda'wah. Cara golongan pseudo-tajdid ini dalam berda'wah adalah sangat keras. Malah boleh menyebabkan pertelingkahan dan pergaduhan. Mereka seolah-olah tidak mengamalkan konsep da'wah Rasulullah s.a.w yang menyemai kasih sayang dan lemah lembut dalam seruan. Pseudo-tajdid ini lebih kepada menghukum. Mereka lupa bahawa da'ie itu adalah ibarat seperti seorang posmen yang menyampaikan surat kepada manusia. Jangan dimarah manusia yang membuang surat tadi, tapi sampaikan sahaja dengan baik. Jika anda bertemu dengan mereka yang selalu berkata: "Ah.. apa yang kau buat ni bid'ah.. semua bid'ah itu sesat.. dan sesat itu hukumnya neraka.. kau nak masuk neraka ke?" atau lebih kurang ayatnya sebegitu, berhati-hatilah kerana anda mungkin berhadapan dengan golongan pseudo-tajdid.

  8. 'Lakum dinukum wa liyadin'. Sikap bagi aku agama aku dan bagi engkau agama engkau akan terserlah apabila mereka berdepan dengan penggerak tajdid yang ikhlas dan benar serta mereka yang benar-benar faham erti tajdid dan hukum yang benar. Sikap pengecut ini timbul apabila mereka gagal mempertahankan hujjah mereka akibat dari sikap sombong diri dan cetek ilmu mereka sendiri. Bila sudah sampai kepada satu tahap, di mana mereka rasakan mereka sudah tiada modal lagi, mereka akan berlalu pergi dengan mengatakan: "Lakum dinukum wa liyadin.."

Sahabat sekelian.

Inilah apa yang dapat saya simpulkan dari pemerhatian saya sendiri terhadap gerakan tajdid yang melanda IPT Malaysia sekarang. Saya menyokong penuh gerakan memurnikan Islam di kalangan pemuda dan pemudi di IPT. Kerana mudah-mudahan apabila tunjang negara ini kita bentuk dengan acuan Islam yang sebenarnya, mereka akan keluar kepada masyarakat sebagai role-model yang akan membentuk masyarakat sejahtera dan negara gemilang pula.

Cuma saya bimbang, gerakan pseudo-tajdid yang turut menular, telah menyebabkan kemurnian niat dan tindakan golongan tajdid yang hakiki dipesongkan. Hari ini, jika ditanya kepada muda-mudi pelajar IPT, siapakah golongan tajdid? Mereka sudah pasti menjawab: "Diorang yang selalu cakap buat itu ini bid'ah, masuk neraka dan sebagainya.."

Lihatlah betapa liciknya gerakan pseudo-tajdid ini hinggakan penyamaran mereka berjaya. Umat Islam bingung, apakah gerakan tajdid itu gerakan yang baik atau gerakan memporak-perandakan muslimin? Apakah tujuan utama tajdid itu adalah untuk membid'ahkan semua amalan yang dibuat selama ratusan tahun itu?

Kita terima siapa sahaja untuk memurnikan umat Islam. Tetapi kita tidak boleh terima gerakan pemurnian yang menghancurkan kekuatan umat ini. Jika tidak ada tasamuh dan tolak ansur, amat sukar untuk perkara khilafiah dibahaskan. Kerana masing-masing dengan kekerasan di dalam kepala sendiri.
---

Ditulis oleh Putera Aiman

Saturday, May 21, 2011

HARI-HARI YANG BERMAKNA...

Ya Allah… dah tamat hampir 2 bulan setengah cuti sem kali ni. Allah sahaja yang tau keperitan dan kebahagian yang dirasai sepanjang melalui hari2 yang lepas. Hanya sempat bersama keluarga 2minggu ja daripada cuti 2 bulan lebih ni. Daripada mula cuti, banyak masa dihabiskan bersama program-program dengan walid. Di sinilah tempat mencari kembali diri yang telah hilang dan kilang pemprosesan kembali keyakinan dan kekuatan diri. Bersama orang yang kuat hubungannya dengan Allah, hati akan turut sama rasa keterikatan dan keredhaan Allah itu seiring dengan kita jugak selagi mana bersama dia. Ke KL & Seremban seminggu dengan sahabat, adik2 dan walid, baliknya terus ke Jeniang hampir 2 mggu. Dari jeniang pagi besoknya terus berangkat balik Nilam Puri untuk MUET. Selesai je Muet, kaki mengorak langkah ke ‘Program Tarbiyah Diri’ selama seminggu, seteruskan berangkat ke Melaka untuk dalami ilmu-ilmu Allah melalui pengajian di Pondok Baitul Qura’. 5hari sebelum tamat pengajian di pondok, masih tengiang-ngiang suara walid dalam telefon waktu bagitau tentang kem kepimpinan di Kedah memerlukan bantuan fasilitator, & ana terpaksa balik ke Kedah untuk membantu. Asalnya memang berat, tapi Allah sahaja yang tau, istikharah menemui penyelesaian, Dia menghendaki balik ke negeri tumpahnya darah adalah ketentuan yang terbaik,,, teringat dialog walid lepas maklumkan salah sorang drp. Kawan sekolah dulu merindui walid, “mungkin ni ingatan terakhir dia pada saya”. Hati bergetar, akhirnya tawakal menemui penghujung, dalam keadaan duit yang betul-betul kehabisan, teringat lagi, duit dalam bank hanya tinggal RM7 je masa tu. Allah saja yang tau macammana hati berserah padaNya. “insya Allah rezeki Allah ada di mana-mana”, ayat dan nasihat walid penguat keyakinan pada-Nya. Diri diuji dalam masa kita membentuk diri, Alhamdulillah, kekuasaanNya mengatasi segalanya, RM100 pemberian daripada sahabat berada di tangan tengahari tu jugak, petangnya tak semena-mena, kreta iswara terus meluncur ke Melaka Central beli tiket balik ke Kedah. Besok pagi, sebelum sempat kuliah dengan ust Zul, terus berangkat ke Kedah, tepat 8mlm dah boleh rehat di rumah Alhamdulillah. Hanya 2jam di rumah malam tu, pukul 10mlm terus berangkat ke Jeniang untuk persediaan kursus kepimpinan besoknya. Memang manis ketentuan Pencipta,, kehendak-Nya mengatasi segala-galanya… kali pertama walid sempat berjumpa dengan ayah, tapi malam tu keadaan walid tak begitu sihat…sakitnya menyerang kembali rasanya. Dengan izin Allah, besok paginya walid dah mampu untuk drive ‘dinasour’ kesayangn ke tapak kem. Alhamdulillah kem yang betul-betul menguji pentarbiyahan diri, mengaplikasi setiap penekanan yang diberi sepanjang ‘program-program tarbiyah’ yang pernah diikuti. Memang jika hidup sentiasa inginkan kesenangan dan keselesaan, ujian yang kecil menimpa manusia mudah goyah tapi sebaliknya jika sentiasa ditarbiyah dengan kesusahan, insya Allah ujian mendatang akan mudah dihadapi dengan tenang. ^_^ selesai kem, besoknya terus berangkat berjumpa saudara di Kuala Lumpur, perjumpaan yang begitu bermakna… lama tak bertemu menjadikan pertemuan kali ni adalah pertemuan yang begitu menyentuh hati,,, ^^,… seminggu bersama saudara sekeluarga, seterusnya barulah kaki menjejak kembali ke negeri kelahiran yang sentiasa diingati, kali ni adalah masa bersama family sebelum balik ke Nilam Puri untuk Kursus Pembantu Pelajar bagi adik-adik akan datang. Hari ni, dah berada di Nilam Puri… tapi bisikan ayah, “dah lama tak melekat di rumah ya…?” masih terlintas dalam ingatan… rindu ayah!!! Rindu mak!!! Tapi takdir Allah menentukan segalanya, Dia menghendaki cuti kali ni berakhir dalam keadaan sebegini. Banyak tarbiyah-Nya dalam cuti ni, hati turut teruji!!! Ya Allah, ikhlaskan hati di jalan-Mu… tepatkan keputusan dalam istikharahku… kekalkanlah kami dalam hidayah-Mu… sesungguhnya aku bertawal sepenuhnya pada-Mu dalam segala ketentuan…^_^

Monday, May 16, 2011

HaYaaTi KuLLUhA LiLLAH...





حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه ### فَلا مَوْلَى لَنَا اِلَّاه

اُحِبُّ اللهَ جَلَّ عُلَاه ### وَمِنْ حُبِّى لَهُ أَخْشَاه

(hidupku semuanya utk Allah ; tiada Tuhan bagi kita selain Dia)

(aku cintai Allah yang maha agung ; kerana cintaku padaNya aku takut padaNya)

اُصُونَ النَّفْسَ اَحْمِيهَا ### بِنُورِ اللهِ اَهْدِيهَا

بِحُبِّ اللهِ اَسْقِيهَا ### لِتَفْرَحْ عِنْدَمَا تَلْقَاه

حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه ### حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه

(aku jaga diriku dan memeliharanya ; dgn cahaya Allah aku menyuluhnya)

(dgn cinta Allah aku menyiramnya ; agar diriku gembira ketika menemuiNya)

(hidupku semuanya untuk Allah ; hidupku semuanya untuk Allah)

اِذَا مَا الْحُبُّ لَمْ يَسْبِى ### فُؤَادَ الْمُؤْمِنِ الصَّبِّ

فَوَا اَسَفَاه عَلَى الْقَلْبِ ### لِأَنَّ الزَّيْفَ قَدْ غَشَّاه

حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه ### حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه

(apabila cintakan Allah tidak menawan ; hati mukmin yang dilamun cinta)

(amatlah mengecewakan hati itu ; kerana kepalsuan menyelubunginya)

(hidupku semuanya untuk Allah ; hidupku semuanya untuk Allah)

يَقِينِي بَيْنَ جَنْبَيَّا ### وَاَسْعَى بِالْهُدَى سَعْيَا

كَفَانِى اَنَّنِى اَحْيَا ### وَاَمْضِى فِى سَبِيلِ الله

حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه ### حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه

(keyakinanku antara dua rusukku ; dan aku terus maju ke jalan Allah)

(Cukuplah bagiku aku hidup ; dan terus maju ke jalan Allah)

(hidupku semuanya untuk Allah ; hidupku semuanya untuk Allah)

اِذَا جَادَتْ لِيَا الدُّنْيَا ### وَاَسْقَتْنِى الْمُنَى رِيَّا

سَتَبْقَى بَيْنَ كَفَّيَّا ### وَيَبْقَى حَافِقِى لِلَّه

حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه ### حَيَاتِى كُلُّهَا لِلَّه

(apabila dunia bermurah untukku ; dan melimpahkanku dengan impian-impian)

(akan tetap dunia itu dalam kawalan tanganku ; dan akan tetap degupan jantungku untuk Allah)

(hidupku semuanya kerana Allah ; hidupku semuanya kerana Allah)

Friday, March 25, 2011

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG_qathrunnada

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,

Tapi rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak begitu setiakawan

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak sanggup bekorban

Engkau ingin berjuang,

Tapi ingin jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang,

Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,

Tolak ansur tidak engkau amalkan…

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak sanngup terima cabaran

Engkau ingin berjuang,

Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak mampu menerima ujian…

Engkau ingin berjuang,

Tapi rosak oleh pujian…

Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan …

Engkau ingin berjuang,

Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,

Kerenah istri tidak kau tahan…

Engkau ingin berjuang,

Rumah tangga lintang pukang

Engkau ingin berjuang,

Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,

Disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,

Janji kurang engkau tunaikan

Engkau ingin berjuang,

Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang,

Tetamau engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,

Anak istri engkau lupakan…

Engkau ingin berjuang,

Ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang,

Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan…

Engkau ingin berjuang,

Pandangan engkau tidak diselaraskan…

Engkau ingin berjuang,

Rasa bertuhan engkau abaikan…

Engkau ingin berjuang,

Iman & taqwa engkau lupakan…

Ya insan dengarlah…apa yang engkau hendak perjuangkan???

Thursday, February 10, 2011

AkU DAIE'???


Seorang Daie bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan. Sedangkan kita selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Dai'e mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit. Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari

Seorang Daie amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat.

Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang dai'e selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat

Seorang Daie suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri

Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Seorang Daie rumahtangganya dihiasi dengan biah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Quran atau nasyid-nasyid Islami.

rumah KITA menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Quran, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak.

Seorang dai'e menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar.

Kita sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Seorang Daie jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam.

Kita jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar

Seorang Daie menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.

Kita mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitif dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat

Seorang Daie memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.

Kita tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Seorang Daie tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.

Kita boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah

Seorang Daie sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam.

Kita menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah .

Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah.

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!


Wednesday, January 12, 2011

Dia Jodohku...

Nurul memandang tepat wajah insan di hadapannya itu. Dia cuba mencari sebuah jawapan. Debaran di hati tidak hilang sedikitpun walaupun telah hampir semua pertanyaan dan persoalan telah dilontarkan. Ahh, mengapa mesti mengunci bibirmu. Keluarkan suaramu. Jawab pertanyaanku. Nurul memprotes di dalam hati.

Insan di hadapannya itu hanya tersenyum. Dia mengangkat wajahnya. Nurul cepat-cepat berpaling ke arah lain. Bimbang matanya bertaut dengan mata si jejaka.

“Mungkin Nurul jodoh saya,” jawabnya ringkas.

“Itu sahaja jawapan saudara?” soal Nurul kerana tidak berpuas hati dengan jawapan seringkas itu.

“Ya.”

Nurul memandang temannya Aina yang sejak tadi membatukan diri. Lagaknya seperti ingin meminta pertolongan. Manalah tahu Aina ada apa-apa soalan yang boleh membuka mulut jejaka ini. Namun, Aina hanya tersenyum. Dia juga kaku berhadapan dengan keadaan ini. Nurul yang dikenalinya seperti berubah serta-merta dalam pertemuan ini. Tiada lagi senyuman manis, tiada lagi kata-kata yang penuh berhikmah dan yang paling terkesan, kelembutan yang menjadi darah-dagingnya juga seperti telah terbang di tiup angin.

“Pandai sungguh dia berlakon,”getus hati Aina.

Bibirnya mengukir senyum apabila Nurul mengajaknya pulang. Masa yang ditunggu telah tiba. Nurul telah berjanji akan membelanjanya makan selepas pertemuan itu selesai. Bukan mengambil kesempatan, cuma poketnya hampir kosong. Almaklumlah sekarang sudah berada di penghujung semester.

Semasa dalam perjalanan ke cafe, Aina mengambil kesempatan bertanya Nurul perihal perubahan tingkah-lakunya sebentar tadi.

“Boleh Aina Tanya sikit?”

“Emm, tanyalah...”

“Kenapa Nurul garang sangat dengan Izzat tu? Kesian dia,”

“Garang ke? Nurul rasa cam biasa je tadi,” Nurul menjawab sambil bibirnya mengukir senyuman.

Aina cuba membaca isi hati sahabat baiknya itu. Senyuman Nurul bagai tersirat 1001 macam maksud. Aina hanya mendiamkan diri, mungkin Nurul belum bersedia menceritakan isi hatinya.

Deringan telefon yang mendendangkan lagu “Atas Nama Cinta” nyanyian kumpulan UNIC sedikit mengganggu tumpuan Nurul yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan assignment yang perlu dihantar dua minggu lagi. Kerutan di dahinya hilang dan digantikan dengan senyuman apabila melihat nama si pemanggil. Insan yang sentiasa dirinduinya siang dan malam.

“ Assalamualaikum ibu,” sapa Nurul lembut.

“Waalaikumusalam. Nurul tengah buat apa tu? Sibuk ke?,” soal ibunya.

“Tak lah sibuk sangat, tengah siapakan assignment. Dua minggu lagi kena hantar. Ibu sihat? Abah macam mana?”

“Alhamdulillah, kami sihat. Emm, sebenarnya ibu dan abah ada hal penting nak berbincang dengan Nurul. Nurul boleh balik kampung hujung minggu ni?”

“Hal apa yang penting sangat tu sampai tak dapat bagitahu melalui telefon,” seloroh Nurul. “Adalah.. ini hal masa depan Nurul,”

Setelah memutuskan talian telefon, Nurul mula termanggu. Dia sudah berasa tidak sedap hati. Hal apakah yang ingin diberitahu ibu? Masa depan? Hal baik atau sebaliknya? Screen laptop dihadapannya dipandang tanpa berkelip. Fikirannya mula melayang entah ke mana. Jantungnya mula berdegup kencang menyebabkan aliran darah dalam tubuhnya bergerak laju merentasi segala otot dan bahagian tubuh yang lain. Jarinya lantas memicit-micit kepala yang tidak sakit. Perbualan dengan ibu sebentar tadi telah menyebabkan dia berasa tidak keruan. Oh, ibuku!

**********

Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang riang bermain kejar-kejar di halaman rumah. Padi yang mulai menguning di petak-petak sawah dan burung-burung yang bebas berterbangan mengindahkan lagi pemandangan petang itu. Segala beban pelajarannya terasa hilang semenjak dia sampai ke rumah beberapa jam yang lalu. Nurul menghayun langkah ke sebatang pohon besar dihadapan rumah. Di bawah pohon yang rendang itu terdapat sebuah buai dan pangkin. Di situlah dia dan ibunya selalu berbual-bual.

Suasana damai petang itu tidaklah sedamai hatinya. Ibunya masih belum menyampaikan hal tersebut. Ingin sahaja dia meminta ibu menceritakan hal itu setibanyan dia di rumah tadi. Namun, aroma asam pedas kegemarannya membantutkan pertanyaan malah menaikkan selera makannya pula. Nurul tersenyum sendiri.

“Hai anak dara, kenapa senyum sorang-sorang ni?”

Nurul berpaling ke arah pemilik suara itu. Ibu dan abahnya menghadiahkan senyuman buat satu-satunya anak gadis yang mereka miliki.

“Ingat kat siapa la tu,” abah mula berseloroh.

“Mana ada ingat kat siapa-siapa. Tengah memerhati keindahan alam. Anak ibu dan abah ni kan pencinta alam orangnya,”jawab Nurul manja.

Nurul akui, walaupun usianya sudah menjengah angka 22 dan bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi, namun sifat keanak-anakkan dalam dirinya masih menebal. Mungkin kerana dia satu-satunya puteri yang dimiliki oleh pasangan Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah di samping dua orang putera yang sudah bekerjaya dan seorang putera yang masih di zaman remaja.

“Hal apa yang ibu nak beritahu hari tu?”, soal Nurul tanpa berlengah.

Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah berpandangan. Raut wajah mereka sedikit berubah. Bimbang hal yang bakal disampaikan akan mengganggu tumpuan Nurul belajar. Walaupun sifatnya seperti keanak-anakkan, tetapi fikiran Nurul sematang usianya. Haji Ahmad yakin pelajaran anakknya tidak akan terganggu, cuma si ibu yang masih berat hati menceritakan hal tersebut.

“Ada orang datang bertanya,” abah mula membuka cerita.

“Datang bertanya? Tanya apa?” serius Nurul tidak faham.

“Macam ni..” ibu mula menyusun kata.

“Ada orang datang merisik Nurul.”

“Siapa?”

“Orang Selangor. Keluarga Tengku Mahfuz.”

“Tengku Mahfuz? Siapa tu?” soal Nurul ingin kepastian.

“Kawan lama abah kamu. Sama-sama belajar di Madrasah At-Ti Hadiah dulu,” terang ibu.

Nurul hanya mendiamkan diri. Bila pula abah aku ada kawan daripada golongan Tengku-tengku ni. Aish..

“Mereka datang merisik untuk anak mereka, kalau tak silap, Izzat namanya,” abah mula bersuara.

Nurul memandang wajah tenang abah sambil tangannya menggapai sampul surat yang abah hulurkan.

“Itu gambar orangnya. Nurul fikirlah masak-masak sebelum memberi jawapan. Apa sekalipun jawapan Nurul, abah dan ibu akan sokong,” tambah abah.

“Abah dan ibu dah lihat orangnya? Pandangan abah dan ibu bagaimana?” Sekali lagi ibu dan abah berpandangan. Tetapi kali ini senyuman mereka meleret-leret dan tidak lekang dari bibir. Nurul bertambah binggung.

Malam itu Nurul sangat susah untuk melelapkan mata. Apa yang dibongkarkan oleh abah dan ibu petang tadi benar-benar menghantui dirinya.

Sebenarnya kami dah lama kenal Izzat tu. Abah mula-mula kenal dia masa dia ikut Tengku Mahfuz ke majlis perkahwinan sepupu kamu, Mazuin, tahun lepas. Masa tu kamu sibuk bantu Mak Long sampai tak sempat nak kenalkan dengan Izzat. Kali kedua abah jumpa dia di madrasah. Dia menggantikan papanya semasa reunion kami. Semenjak waktu tu, dia selalu juga telefon abah bertanya khabar. Dia pun pernah datang ke rumah. Cuma kamu je yang tak tahu.

**********

Nurul mula memanggil-manggil memorinya. Manalah tahu dia dapat mengingati situasi yang abah ceritakan petang tadi. Daripada raut wajah abah, Nurul dapat merasakan bahawa abah sangat menyenangi jejaka yang bernama Izzat itu. Tidak kurang juga dengan ibu. Kedua-duanya kelihatan ceria bercerita tentang Izzat. Izzat itu, Izzat ini…

Nurul baru teringat sampul surat yang diberi oleh abah siang tadi. Dia membuka sampul surat itu dan mengeluarkannya dengan berhati-hati. Matanya dipejamkan kerana takut melihat wajah orang ingin memetiknya dari taman hati abah dan ibu. Entah hensem ke tidak. Entah-entah gemuk. Alamak…hatinya berbisik nakal.

Matanya dibuka perlahan-lahan. Tiada cacat-cela daripada raut wajahnya. Semuanya kelihatan sempurna. Tiba-tiba.. Macam pernah tengok dia ni, tapi kat mana? Bila? Aiseh. Siapa ni.. muka ni macam pernah wujud dalam memori aku, tapi siapa??? Nurul makin tidak keruan. Insan itu seperti pernah dikenalinya satu masa dahulu. Namun, segala maklumat bagaikan hilang ketika dia amat memerlukannya ketika ini.

Nurul lantas mencapai laptop yang hampir sehari tidak ditatap. Dia yakin gambar Izzat pasti terselit di antara beratus-ratus gambar simpanan peribadi miliknya. Satu demi satu folder gambar dibuka. Satu persatu gambar diteliti supaya tidak ada yang terbabas daripada penglihatannya. Sudah hampir ke semua gambar dilihat, diteliti dan ditelek dengan penuh ketekunan, namun dia masih tidak menjumpai wajah yang dicarinya. Giliran folder terakhir dibuka.

Folder yang menempatkan gambar Nurul dan rakan-rakannya semasa Bengkel Sukarelawan yang dianjurkan pihak universiti beberapa bulan yang lepas. Bebola matanya seperti dapat menangkap sesuatu. Nurul segera mengambil gambar yang diberikan oleh abah dan meletakkannya di screen laptop. Dia cuba membandingkan gambar itu dengan gambar seorang penceramah yang memiliki raut wajah yang hampir sama dengan Izzat.

“Subhanallah...” hanya perkataan keramat itu yang keluar dari bibir Nurul. Debaran hatinya bertambah kencang.

Dr. Irfan, salah seorang penceramah bagi slot kecemasan dan perubatan. Diakah orangnya. Tanpa membuang masa, Nurul terus mendapatkan kepastian daripada sahabat baiknya, Aina.

“ Kalau tak silap, ada dua orang doktor yang datang hari tu. Yang perempuan tu namanya Dr. Khalisah, yang lelaki tu namanya Dr. Irfan. Kenapa?” jawab Aina dan membalikkan satu soalan kepada Nurul.

“Aina tahu tak nama penuh doktor lelaki tu?”

“Dr. Izzat Irfan.. ada gelaran tengku kot di pangkal namanya” jawab Aina yang berada di hujung talian. Dia berasa pelik dengan tingkah-laku Nurul. Sebelum ini Nurul tidak pernah bertanya apa-apa mengenai muslimin, lebih-lebih lagi yang tidak dikenalinya. Tapi berbeza kali ini.

“Oh, ok. Terima kasih ya. Maaf mengganggu malam-malam ni. Assalamualaikum,” “Waalaikumusalam,” balas Aina kecewa. Tidak sempat nak mengorek cerita dan bertanya lebih lanjut, Nurul sudah dahulu mengakhiri perbualan mereka. “Tak apa, balik kolej nanti aku korek cerita hang,” getus hatinya.

**********

Sudah dua hari di rumah dan tiba masanya kembali ke bumi UPM. Semua barang keperluan telah dimasukkan ke dalam beg. Matanya tertacap kepada satu kotak kecil berwarna merah di atas meja solek. Kotak baldu berbentuk hati itu dicapai dan dibuka perlahan-lahan. Cincin emas bertatahkan permata comel berwarna putih memancarkan kilauannya apabila terkena cahaya matahari yang terbias dari tingkap kamarnya.

Hati Nurul berbelah bahagi. ‘Mengapa dia memilih aku sedangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Layakkah cincin secantik ini disarungkan ke jariku. Dan yang paling menggusarkan, layakkah aku menjadi suri hati seseorang yang baik dan sesempurna dia.’

Segala persoalan yang ingin dilontarkan telah ditulis kemas dalam sebuah warkah. Nurul meminta nasihat abah dan ibunya. Adakah dia melakukan sesuatu yang betul dan tidak tersasar dari jalan yang dibolehkan agama. Kata abah, lakukanlah jika itu mendatangkan kebaikkan. Andai itu salah satu ikhtiar yang digunakan untuk berasa yakin dialah jodohmu, maka teruskan. Tapi awas, jangan sampai terlalu mengikut kata hati . “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya.

Pesanan abah sangat mendalam maksudnya, “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya. Oh, abah!

Nurul melipat warkah tulisan tangannya itu dengan kemas. Tiada bedak mahupun wangi-wangian diletakkan seperti mana yang dilakukan remaja-remaja lain. Warkah itu membawa isi hati Nurul agar si dia mengerti dan mengenali siapa insan yang baru dilamarnya. Juga ingin meminta kepastian adakah benar-benar ikhlas menerima dirinya yang penuh kekurangan dan kelemahan agar suatu hari nanti tidak akan dipersoalkan jika badai menghempas pelayaran rumahtangga mereka. Nau’zubillah...

Bukan meminta, hanya sekadar satu persediaan. Nurul meminta abahnya sendiri menyampaikan warkah itu. Biarlah abah yang menjadi orang tengah antara mereka, itu yang terbaik.

**********

Terlopong Aina mendengar cerita yang baru disampaikan Nurul. Aina tidak menyangka Nurul akan dilamar oleh doktor idamannya itu. Namun, dia sangat bersyukur andai benar jodoh Nurul dengan Dr. Irfan. Daripada satu sudut dia dapat melihat mereka sangat sepadan. Walaupun jarak usia antara mereka selama 6 tahun, namun itu tidak mencacatkan keserasian mereka.

Serasi? Ya, itu yang Aina rasakan. Seingat Aina, selepas program tamat, mereka pernah bertukar-tukar pendapat mengenai dunia perubatan dan perkaitannya dengan isi kandunagn Kitabullah. Walaupun kumpulan mereka terdiri daripada 7 orang, namun, hanya Dr. Irfan dan Nurul yang banyak menjawab dan menyoal. Ahli yang lain lebih gemar mendengar, termasuk dirinya sendiri. Aina tersenyum apabila mengimbau kembali kenangan itu.

“ Aina rasa kamu berdua memang sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Bagai cincin dan permata, ” kata Aina sambil mengira-ngira untuk menambah bidalan-bidalan yang lain bagi menunjukkan kesepadanan mereka.

“Aina, jangan main-main ok. Ni masalah besar ni,” balas Nurul.

“Nurul suka dia tak?”

Berkerut dahi Nurul mendengar soalan sabatnya itu. Dia berfikir sejenak.

“Orang-orang tua kata, diam maknanya suka. Betul tak?” Aina cuba bermain kata dengan Nurul. Bukan untuk menambah kerunsingan temannya itu, namun sebelum memberi apa-apa pandangan, lebih baik dia mengertahui isi hati Nurul terlebih dahulu.

“Entahlah. Nurul pun tak pasti,” jawab Nurul lemah.

“Kenapa? Nurul dah ada pilihan hati ke?”

“Bukan macam tu, tapi...”

“Tapi apa? Nurul ada apa-apa masalah ke? Ceritalah, Aina sedia mendengar,” pujuk Aina. Nurul hanya tersenyum hambar. Daripada raut wajahnya tergambar sedikit kegusaran. Bukan soal sudah ada jejaka idaman, Cuma hatinya belum bersedia. Bukan setakat hati, jiwa dan jasadnya juga bagai belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang berat itu nanti.

“Aina tahu kan siapa dia. Latar belakang keluarga pun dah berbeza sangat dengan Nurul. Itu belum lagi tahap pendidikan. Macam tak sesuai je dengan Nurul,” “Ish, itukan ukuran dunia je. Aina rasa dia bukan daripada golongan yang mementingkan soal darjat dan darah ni. Dia sendiri pun low profile, sentiasa merendah diri. Pengetahuan agama pun boleh tahan. Apa lagi yang kurang?” soal Aina tidak puas hati.

“Memang dia tiada kekurangan dari mata Nurul. Tapi Nurul yang banyak kekurangan. Bab agama tu yang Nurul risau. Masih lemah. Bimbang tidak dapat menjadi suri yang dapat dia banggakan.”

“Nurul, Allah menciptakan menusia berpasangan-pasangan supaya mereka saling melengkapi bukan? Perkahwinan bukan suatu proses mencari yang sempurna, tapi proses untuk menjadi yang sempurna. Ingat tu,”

Nurul hanya mendiamkan diri. ‘Betul juga apa yang Aina cakap, hati kecilnya berkata-kata.

"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."

Usai mengerjakan solat sunat istikharah buat sekelian kalinya, Nurul masih lagi berteleku di atas sejadah. Hatinya tenang mengadu kepada Yang Esa. Tiada kedamaian setanding kedamaian tika berdua-duaan dengan Pencipta.

**********

Walaupun sudah hampir tiga minggu lamaran daripada pihak lelaki datang, namun dia masih belum dapat memberi keputusan. Buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada peperiksaan akhir semester yang sudah pun bermula. Syukur kerana keluarga Tengku Mahfuz memahami keadaan dirinya.

Jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nurul mengerling teman sebilikknya yang sedang khusyuk mengulangkaji. Tangannya mencapai nota Perundangan Makanan yang kemas tersusun di dalam fail.

Dia mahu membaca semula nota-nota tersebut sebagai persediaan terakhir sebelum menduduki peperiksaan bagi subjek itu pada pukul 11.00 pagi nanti.

Titt..titt.. Deringan telefon bimbit yang diletakkan di atas katil memecah kesunyian bilik kecil yang dihuninya itu. “Siapa pula yang bagi mesej pagi-pagi ni,” Nurul bermonolog sendiri. Dia mengambil telefon tersebut dan membuka mesej pesanan ringkas yang baru diterimanya. Senyuman terukir tatkala melihat nama si pengirim, Azim, adik bongsu yang tersayang.

Salam. Kak Nurul, esok ibu dan abah akan ke UPM. Abah kata ada benda penting nak disampaikan kepada kakak. Macam surat, tapi abah tak bagi Azim baca. Penting benar agaknya sampai tak sempat tunggu kakak balik.

Azim. Nurul berfikir sejenak. Surat? Dia tidak mahu terus berfikir, biar esok yang menjadi penentunya. Mesej Azim dibalas.

Waalaikumusalam. Ok, kakak akan tunggu kedatangan abah dan ibu.

Nurul meneruskan pembacaan. Hanya tinggal dua paper sahaja lagi yang belum di jawab. Jika diikutkan, minggu hadapan dia akan pulang ke kampung untuk bercuti. Mungkin benar kata Azim, surat itu pasti sangat-sangat penting sehinggakan abah tidak sabar untuk memberikan kepadanya. Tiba-tiba dia tersentak. Jangan-jangan itu surat daripada Izzat. Surat jawapan daripada segala persoalan yang dia ajukan dalam warkahnya tempoh hari. Sesak nafasnya dan tanpa sedar dia mengeluarkan satu keluhan berat.

**********

Benar seperti yang dijangka. Kedatangan abah siang tadi membawa warkah daripada Izzat. Nurul berasa sangat serba salah kerana dia masih tidak dapat membuat keputusan. Kesian abah dan ibu. Sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk menyampaikan surat ini. Teringat pesan abah, ‘Kalau Nurul betul-betul tak bersedia, jawab sahaja tidak setuju. Kesian pihak sana masih menunggu-nunggu’.. Nurul hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata abah. Bukan tidak setuju, 100 kali dia mahu. Namun, masih ada kekangan yang menyebabkan perkataan setuju itu tidak keluar dari bibirnya. Sabarlah abah, anakmu masih perlukan masa untuk berfikir.

Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih sikap berhati-hati dan kesabaran. Jangan terlalu cepat hingga tersadung dan jangan pula terlalu perlahan hingga terlambat. Pilihlah jalan tengah di antaranya dan iman serta ilmu menjadi panduannya.

Usai mengerjakan solat Isya’ , Nurul terus mencapai sampul surat berwarna biru dari mejanya. Isinya dikeluarkan. Lipatan warkah itu masih elok. Tidak lagi dibuka, apa lagi dibaca. Nurul memberanikan diri untuk menatapnya. Apa pun yang terjadi, keputusan harus dibuat malam ini juga. Ini tekadnya!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...

Salam kembali buat Saudari Nurul Jannah Alisya Binti Ahmad.

Pertamanya, maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab persoalan saudari. Bukan ingin membiarkan saudari terus tertanya-tanya, cuma berusaha untuk memberi jawapan yang sebaiknya. Sejujurnya, saya tiada jawapan yang tepat untuk setiap pertanyaan daripada saudari kerana saya yakin saudari punya jawapannya sendiri.

Pernah mengasihi atau tidak, pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak, bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia bisa menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kasihi apalagi yang kita tidak pernah kenali untuk menjadi pasangan kita, tapi saya yakin, setiap apa yang berlaku talah diatur oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…

Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Tidak terkecuali saudari dan saya sendiri,bukan? Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan. Lihatlah kepada 4 perkara; agama, kecantikkan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu. Saya tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri saya kerana saya juga insan biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Pada saya, sudah memadai jika dia dapat menerima saya seadanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allahlah yang lebih mengetahui. Justeru, saya akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya untuk menjadi pendamping saya. InsyaAllah.

Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.

Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. Saya cuma berharap agar tulang rusuk yang bakal kembali itu dapat membantu melindungi hati saya daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk itu jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada saya untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa.

Mungkin jawapan yang saya berikan tidak seperti yang saudari inginkan. Hanya ini yang mampu saya katakan. Sesungguhnya setiap patah perkataan yang tertulis di kertas ini, telah pun kering dakwatnya di Luh Mahfuz. Tumpukan perhatian kepada peperiksaan yang sedang diduduki. Jangan biarkan hal ini merunsingkan fikiranmu. Segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan kekurangan itu datangnya daripada insan lemah ini. Wassalam…

**********

Nurul melipat kembali warkah itu. Patutlah Izzat hanya mendiamkan diri semasa pertemuan mereka yang tidak disengajakan minggu lepas. Rupa-rupanya dia sudah menulisnya terlebih dahulu. Memang benar, Izzat tidak menjawab terus apa yang disoalnya, namun setiap bait-bait kata yang ditulis sudah cukup untuk mengukuhkan alasan untuk keputusan yang bakal dibuat. Nurul tersenyum, dia yakin dengan keputusannya.

“Ya, tulang rusuk tidak akan tertukar!

Haji Ahmad sangat bersyukur mendengar keputusan yang dibuat oleh Nurul. Walaupun Nurul menetapkan beberapa syarat namun syarat tersebut tidak memudarkan sedikitpun sinar kegembiraan di wajah ibu dan abah.

“Nurul setuju dengan lamaran ini. Tapi, Nurul nak habiskan belajar dulu. Terpulang kepada pihak sana mahu tunggu ataupun tidak,” tegas Nurul. Walaupun luarannya tegas, namun, hatinya hanya Tuhan yang tahu. “Harap-harap dia sanggup tunggu. Kalau tak, makan hati berulam jantunglah aku”, jenaka hati kecilnya.

Abah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Ibu hanya tersenyum di sebelah abah. Cincin lamaran telah disarungkan sendiri ke jari manisnya. Cantik. Cocok benar dengan warna kulitnya yang putih gebu. Adiknya Azim juga turut tersenyum sambil mengenyitkan mata bundarnya. Mungkin gembira bagi pihak kakaknya barangkali.

Nurul tersenyum sendiri. Hatinya sudah lega. Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Majlis pertunangan mereka akan dilangsungkan pertengahan tahun hadapan, betul-betul selepas dia menamatkan pengajian. Sengaja dipilih tarikh yang masih lambat itu kerana tidak mahu kelam kabut. Tambahan pula dia sedang sibuk dengan projek tahun akhirnya. Pandangan mata dialihkan ke sawah padi yang terbentang luas. Indah, nyaman, damai..Begitu juga rasa hatinya.. Kebahagiaan sedang menanti di hadapan, semoga sempat digapai dan akan kekal dalam pelukkannya sehingga akhir hayat, insyaAllah…

- Artikel iluvislam.com