Tuesday, December 28, 2010

ERTI BERSAHABAT...

Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita,

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi peluang untuk dia menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri,

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian massalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar daripada yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk mengenali hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut,bimbang,sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihatnya ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan,

KITA TIDAK TAHU…tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Bersahabatlah seperti kaum muhajirin dengan ansar, dan Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar r.a

Thursday, December 16, 2010

PiMPinAn IkHWaN MuSLiMiN...

1.Hassan Al Banna (1928-1949)
2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)

3.Umar Tilmisani (1972-1986)

4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)

5.Mustafa Masyhur (1996-2002)

6. Ma’mun Al-Hudaibi (2002-2004)

7. Muhammad Mahdi Akif (2004 – 2010)

8. Muhammad Badi’ Abd Majd Saamy ( 2010 – current )

(RUJUKAN : INIJALANKU.WORDPRESS.COM)

Wednesday, December 15, 2010

IkHWaN MuSLiMiN


Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.

ADik beradik HAB adalah:


1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina

Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah

yang melingkipu seluruh aspek….

Friday, December 10, 2010

KiTa YaNg MEmiLih!!!

Kenapa kita sendiri memilih untuk berpecah? Kalau sudah nampak kekurangan & kesalahan pada seseorang, pda organisasi, pada jemaah atau sesiapa shja. Kenapa tak ditegur secara berhemah? Adakah Islam mendidik penganutnya saling bermusuhan? Mempengaruhi, mencela, mengejek satu sma lain tanpa tahu akar umbi sesuatu perkara…tak salah untuk melontarkan pendapat, tapi adakah caranya begitu? Bukankah Allah & Rasulnya mengajar supaya umat Islam menggunakan pendekatan yang berhemah? Ada yang saling menuduh kburukan sesama sahabat hanya disebabkan perkara-perkara yg belum diketahui kesahihannya… sahabat yg pernah susah & senang bersama, makan hasil suapan tangan kita, satu talam, satu bantal & sentiasa bersama di jalan perjuangan yg 1, tpi dgn sdikit ujian ukhwah sudah goyah…adakah ini nmanya ukhwah yg dibina atas dasar iman? Mmg senang utk mngungkap prktaan “ukhwah ats dsar iman” tpi brapa rmai yg cuba mgaplikasinya? Semua tahu bhawa selemah-lemah iman adalah “bersangka baik & berlapang dada sesama sahabat” & setinggi2 ukhwah adalah itsar: melebihkan sahabat drp diri sendiri”, tpi hanya sekadar tahu ‘teori’ adakah kita praktikkannya? Brpa rmai yg brusha mnsucikan ukhwah drp trprangkap dgn hsutan2, bsikan2 syaitan & nafsu yg sring mmbawa kretakan di kalangan umat Islam sndri? Jika hari ini pelajar aliran agama mengabaikan utk berfikir tntang pmbangunan Islam, adakah kita nak mmbiarkan mat2 rempit, pnghisap2 dadah, prompak2, progol2 di luar sana yg memikirkan Islam? Kita sering mmsuhi satu sma lain, bgaimna Islam nak tertegak tanpa ukhwah(jemaah)? Mampukah Islam tertegak dgn perjuangan seorg. Sufi shj? Ana belum layak utk berckap hal2 prjuangan krn ana x sehebat antum & antunna, ilmu x stinggi & sehebat antum…tpi luahan ini bukan menggambarkan ana menyebelahi mna2 pihak, tpi inilah isi hati ana apbla mlihat situasi kita hari ini, tiada kesefahaman tpi x berusaha utk membentuk kesefahaman dgn cara yg harmoni… kita lebih banyak bercakap & menasihati, & sekarang tiba masanya Allah ingin mnguji kyakinan kita pada ilmu & kekuasaan-Nya kita pulak yg mula melatah…asif ‘ala kulli hal…

Drp. Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah S.A.W bersabda: “janganlah kamu saling dengki-mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, & jganlah sebhagian kalian membeli barang yg telah dibeli org lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yg bersaudara. Seorang muslim adalah bersaudara bagi muslim yg lain. Ia tidak patut menzalimi, membohongi, & merendahkannya. Taqwa itu di sini (baginda menunjuk dadanya 3 kali). Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi muslim yg lain.” (H.R. Muslim)

sama-samalah kita muhasabah…

Wallahua’lam…