Assalamaualikum w.b.r dan salam 1 aqidah buat semua pembaca!!!
apa khabar iman & hati kita saat ni? semakin dekat dgn Allah? semakin jauh? atau dlm proses utk menambahbaikkan tahap keimanan sekarang?
entry hati ni ana nk kongsikan pendapat bersama semua, & ayuh sama2 lontarkan pendapat msing2 berkaitan perkahwinan.
Dalil-dalilnya?
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)
"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."
(Surah An-Nisa' 4 : 3)
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalil2 yg di atas memang kerap kita dengar kan? apa perasaan antum bila berjumpa dalil2 ni?
Inilah isu yang sering kitab dengar kebelakangan ni, ramai siswazah hari ni telah berjaya menubuhkan baitul muslim dlm usia mereka yang masih muda, & ia mnjadi igauan dan idaman siswazah yg lain jugak.
tapi, adakah kita terfikir sejauh mana igauan & idaman kita itu berpaksi? adakah sekadar keinginan sebagai mnusia biasa mendirikan 'masjid' untuk berkongsi kebahagiaan bersama pasangan semta-mata atau untuk mengikut sunnah Rasulullah, atau mengawal nafsu atau mencari redha Allah atau apa?
Dan adakah kita benar2 telah bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga atau hanya seronok bila dengar org berkahwin kita pon nak jugak turut merasai kemanisannya? ana masih teringat kuliah yang pernah disampaikan ustazah di sekolah dulu, "Kalau kamu ditanya adakah sekarang kamu dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga apa jawapan kamu?" masa tu, semua pelajar sunyi menyepi tanpa jawapan, "Jawablah kami dalm proses persediaan di sini".
Ketika masih di sekolah itulah didikan para ustaz & ustazah, supaya kita sama2 menghayati setiap bait ilmu yang dititipkan untuk kegunaan sepanjang melayari kehidupan di atas muka bumi yang fana' ini. Maka tanyalah pada hati, apakah niat sebenar utk membina mahligai rumah tangga tersebut. Jangan jadi insan yang cepat melatah dek kerana suasana sekeliling, kenalilah dri, tanya juga pada Rabbi dlm istikharah dan hajat yang didirikan apakah yg terbaik untuk kita lakukan buat survival "Islam" dan sentiasalah berusaha ke arah persediaan itu. Semoga niat yang suci mendapat redha di sisi Allah Insya Allah.