Sunday, November 21, 2010

Di ManA KiTa?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah sehingga saat ini kita masih dikurniakan & dikekalkan dengan segala bentuk nikmat kurniaan yang tak terhingga nilainya. Kita masih bergelar seorang Islam & beriman, itulah sebesar-besar nikmat yang teramat tinggi nilainya, mungkin sebahagian daripada kita sudah ditarik kembali nikmat itu dgn. erti kata yang lain menjadi murtad, nau’zubillahiminzalik…

Selawat serta salam buat junjungan besar Rasul s.a.w penghulu segala nabi & penutup segala rasul, buat keluarga baginda, dan para sahabat r.a.

Teramat luas kurniaan Allah pada hamba-hambaNya yang kadang kala tidak mensyukuri nikmat pemberianNya. Teramat besar pengorbanan Rasul s.a.w dan para sahabat dlm. mmperjuangkan Islam sehingga sampai kpd. kita hari ini nikmat Islam yg teramat tinggi nilainya itu. Namun masih ramai yg tidak menyedarinya hatta diuji dgn. pelbagai ujian dan dugaan.

Adakah kita nak membiarkan keadaan ini berterusan? Di mana manusia yg katanya mempunyai fahaman Islam? Di mana insan yg hendak memperjuangkan kebenaran kalimah-kalimahNya? Di mana khalifah yg bertanggungjawab menyampaikan kebenaran agama? Di mana jundullah yg ingin mengebarkan kembali bendera kemenangan Islam di persada dunia?

Sedarlah sahabat-sahabat toggak kekuatan agama!!! Terlampau ramai umat di luar sana yang dahagakan bantuan & pertolongan dari kita. Tapi jangan dilupa, orang terdekat juga adalah matlamat utama. Betapa ramai insan yang berusaha membantu masyarakat tetapi tergadai keluarga dan masyarakat di sekeliling yang dekat. Perlu dilihat keadaan umat yg semakin parah menyengat, tapi orang terdekat juga perlu diingat.

Teringat ana akan keluarga dan kampung halaman. Jika hari ini ana & sahabat-sahabat ditarbiyah di bumi yg penuh ke’izzahan ini dgn. tenang, mcammana agaknya mreka di sana jalani kehidupan. Bimbang sangat bila tengok surau di kawasan perumahan ana hanya dikunjungi segelintir kecil masyarat, tu pon yg dah berusia. Malngnya ana ada terdengar cerita, dalam kalangan pengunjung surau tu pon masih ada yg tak puas hati dgn imam, mengumpat sesama ahli jemaah, tak dapat terima teguran & ada jugak yg tak beri komitmen pada ustaz ketika mengajar. Sahabat-sahabat & adik-adik seangkatan ana di sekolah rendah pon entah macam-macam jadinya, sampai kita sendiri takut bila tengok. Takkan nak didiamkn saja masalah ni? Sedangkn kanak-kanak di usia yg muda sudah pandai terlibat dgn hal-hal berunsur lucah, macammana jadinya nanti bila dah remaja? dah dewasa bagaimna pulak rupanya? Ini masalah umat yang terdekat. Kalau masyarakat di luar nak kita bantu, takkan yg sebumbung, dan sepermainan nak kita diamkan? Tapi dari mana nak dimulakan!!!

BESAR TANGGUNGJAWAB KITA SEBENARNYA!

Sama-sama kita berfikir buat seketika…di mana kita di saat umat memerlukan???