Monday, November 21, 2016

Pejuangkah Kita?

Sememangnya kuakui amatlah memerlukan pengalaman orang tua dalam mendidik anak-anak muda hari ini supaya tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang sebenar. Ia amat penting dan perlu dititikberatkan kerana era ini sudah  bercampur pelbagai corak doktrinisasi Barat yang merosakkan pemikiran masyarakat. Namun tidak dinafikan dalam proses didikan kadang kala perlu diberikan ruang buat anak-anak muda menilai dan belajar kesakitan jatuh bangun dalam kegagalan mereka di pertengahan jalan.

Namun, hari ini kulihat terdapat kelompok yang bukan seusia ayah-ayah mahupun atuk-atuk yang tidak faham dalam prinsip mendidik si anak, tetapi abang-abang atau kakak-kakak ataupun gelaran si ibu bapa muda yang dilihat begitu "taksub" menagih 'wala' sedangkan 'wala' itu tidak perlu ditagih kerna ia pasti akan datang bersama hadirnya rasa kasih sayang dan ketaatan. Senjata 'wala' ini menambat kaki si anak muda untuk bertindak dan bergerak pada fikiran mereka, malah menimbulkan rasa terikat dan kongkongan yang teramat sangat. Jika paksaan atau kekerasan sebegini menjadi senjata sudah pasti kebencian dan salah tanggap yang menjadi jawapannya. Kerana itu, sebuah jemaah yang hakikat perjuangannya benar dan suci menjadi jauh daripada segelintir masyarakat kerana wujud golongan seperti ini yang mencemarkan perjuangan para generasi terdahulu tetapi malangnya mereka merasakan tindakan mereka adalah terbaik dan generasi yang lebih muda dan degil hari inilah punca kerosakan dalam jemaah.

Tidak kurang juga dengan kelompok yang merasakan diri dan fikiran mereka sudah sangat kontemporari dan terkedepan dengan corak fikir yang kritis, kreatif, hebat, dan mantap dalam strategi, politik dan sebagainya. Namun punya rasa "hebat" dan "bangga" dalam jiwa menjadikan 'organisasi' punah dan gegak gempita. Mungkin ada yang menafikannya, namun sebenarnya ia terbukti melalui kata-kata dan tindakan yang nyata. Kerana fikiran yang mengawal emosi dan tindakan seseorang manusia, walaupun diyakini mungkin ia sekadar 'lakonan' namun sebenarnya tindakan tanpa lisan itu sudah mampu menggambarkan kata yang sebenar terzahir dari aspek kognitifnya. Kelompok ini turut banyak berjasa, namun perlu diingat bahawa ruangan untuk generasi yang lebih muda berfikir dan membuat keputusan juga harus diberikan, tidak perlu semuanya ditunjuk dengan telunjuk kalian yang belum pasti memahami keadaan sebenarnya yang berlaku ketika itu. Kerana tidak semua yang berada di depanmu itu benar dan yang diam membungkam itu salah. 

*Malangnya yang amat sedih, kedua-dua kelompok kalian tidak henti-henti mempertikaikan sumbangan dan kerja buat sahabat yang lain:

"Di manakah orang itu dan ini?" 

"Kau di mana saat itu dan ini?
"Apakah masih istiqamah orang itu dan ini?" 
"Apakah sumbangan yang diberikan oleh orang itu dan ini?"
............................................................................................................................

Jadi, kuncinya hanya satu harus sentiasa diingat bahawa manusia itu sikap dan dirinya unik dan istimewa. Setiap satu individu tidak akan pernah sama atau serupa pada hakikatnya kerana antara mereka pasti punya kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Setiap insan punya cara fikir dan pendirian masing-masing. Dan setiap manusia itu punya caranya yang tersendiri dalam mencari jalan baktinya buat umat manusia hari ini serta manjadikan ia bekalan di akhirat kelak. Bukanlah jalan bersama salah 1 daripada kalian sahaja dipanggil pejuang kerana hanya Allah maha tahu di manakah nilai 'pejuang' itu hadir dalam diri setiap hambaNya. 

Justeru, sama-samalah kita menabur bakti dalam jalan yang kita sendiri pilih berdasarkan kemampuan dan persekitaran masing-masing. Kerana mungkin itulah aturan Allah yang terbaik buat kita, kerana setiap persimpangan kehidupan itu punya peluang buat hamba-hambaNya mencipta ruang bakti untuk makhlukNya yang lain. Usahlah sedih jika tidak mampu berada dalam mana-mana kelompok yang dilihat meriah dan hebat, kerana barangkali jika kita berada di dalam kelompok tersebut mungkin ikhlasnya kurang, mungkin malasnya bertambah, mungkin sombongnya tinggi, mungkin bodohnya menebal dan mungkin juga tidak akan pernah sebaik kita berada pada kondisi kita sekarang ini.  

Dan sesungguhnya hal inilah yang menjadikan manusia itu saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Kurangnya kita dilengkapi mereka, dan kurangnya mereka dilengkapi kita. Justeru, salinglah meraikan dan jauhkan persengketaan. 

Setiap manusia itu perlu bersyukur dengan hakikat keberadaannya di mana ketika ini supaya realiti kehidupan sentiasa membawa kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupannya.. Walau di manapun kita, engatlah bahawa aturannya punya hikmah yang teramat manis.. :)

BERPIJAKLAH PADA BUMI YANG NYATA!!! Kerna dengan itu, kita mampu mencipta jasa dan bakti yang jelas berdasarkan NYATAnya kita berfikir dan bertindak. 

Ayuh Khalifah, Kita sebarkan bakti buat Ummah!!!




Monday, November 14, 2016

SALAM PERTEMUAN SEMULA DUHAI SAHABAT PENA...

Sudah 2 tahun lebih lamanya Blog ini bersarang tanpa sebarang nukilan dan perkongsian bersama rakan-rakan pena dan sahabat maya. Salam hormat dan sejahtera dari saya buat sahabat sekalian.

Hari ini saya kembali terpanggil untuk menulis semula sekadar mencari ruangan untuk perkongsian bagi setiap perkara yang saya rasakan bermanfaat untuk sama-sama berkongsi, sebagai ruang untuk saya mencari serta memperbetulkan corak fikir dalam sesuatu perkara juga sebagai wadah untuk saya kembali mengasah kemampuan yang sedikit dalam dunia penulisan ini. Walaupun mungkin era ini Blog sudah tidak 'sepanas' dahulu ketika ia begitu popular, namun bagi saya cukuplah ia menjadi ruangan bagi sesetengah orang yang masih memanfaatkannya, dan semoga ia turut menjadi ruangan ilmu yang bermanfaat walaupun sesudah ketiadaan pemiliknya ini kelak.

Sepanjang 2 tahun tanpa sebarang update di sini, pelbagai perkara dalam kehidupan saya telah berlalu. Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah masih mencurah-curah walaupun sebenarnya terasa amat kerdil dan hina dengan kesungguhan dalam beribadah yang masih terlalu lemah, dan pelbagai ujian dunia yang tidak mampu ditangkis menjadikan hidup semakin lalai dan leka saat ini. Semoga Allah memandu ke arah jalan yang lurus dalam usaha mendekatinya. Ampunilah aku ya Allah... :'(

Malam ini saya kembali mencari spirit yang telah lama terkubur dalam 'membangunkan' diri setelah tamat pengajian di Universiti Malaya beberapa bulan yang lalu. RUDY HABIBIE... sebuah cerita yang mungkin punyai pelbagai inspirasi dari pelbagai sudut masyarakat yang menontonnya. 
Saya mengambil dari sudut pandang:

1. Kesungguhan seorang insan berusaha menabur bakti dan manfaat buat manusia yang lain walaupun dirinya juga hanyalah manusia biasa yang tidak punya sebarang kekuatan lain melainkan akal fikiran dan kekuatan jiwa yang dipinjamkan oleh ALLAH S.W.T.

2. Melalui kekuatan hubungan dengan Allah yang memiliki segala-galanya menjadikan kita kuat dan terbantu dalam menempuh onak duri dalam melakukan sebarang kebaikan di dunia yang menjadi bekalan di akhirat kelak.

3. Rudy mungkin seorang anak yang dianugerahi akal yang sangat pintar dan genius, namun kita manusia yang lainnya pasti punya kelebihan masing-masing yang Allah telah pinjamkan untuk kita kongsikan bersama umat manusia yang lain. Jadi, seharusnya kekuatan yang kita punya itu disalurkan ke jalan yang terbaik dan jangan pernah bandingkan setiap kelebihan kita dengan manusia lain kerana ia akan mendatangkan kekurangan keyakinan diri, malah jadilah kita sebagai umat yang saling menerima serta melengkapi satu sama lain dalam setiap kelebihan dan kekurangan yang dimiliki itu.

4. Hidup benar dikatakan orang untuk bahagia, tetapi dalam mengejar bahagia diri sendiri tidak semestinya semuanya harus dikecapi kerana kadang-kadang ia perlu dikorbankan untuk sebuah kebahagiaan yang jauh lebih besar dan utama dalam kehidupan. Yang utama, matlamat dalam hidup harus digazetkan supaya 'gangguan' yang hadir sebagai duri di pertengahan jalan tidak menjadi penghalang utama untuk mengecapinya.

5. Bimbingan keluarga sejak kecil amat memainkan peranan terpenting dalam membentuk serta membina generasi masa hadapan yang amat berguna buat agama dan masa hadapan dunia. Kerana dunia hari ini turut menghampiri pengakhirannya, maka dalam membina generasi hari ini samalah jua seperti membina generasi yang bersedia menghadapi pengakhiran dunia yang memerlukan pejuang-pejuang agama dalam menegakkannya.



Semoga ia turut menginspirasikan masyarakat yang lain jua dari pelbagai sisi pandang yang lain. 

#SalamBedahFilem
#RudyHabibie

Monday, July 7, 2014

BERPAGIAN DI KOTA RAYA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM RAMADHAN KAREEM khas buat sahabat-sahabat blogger sekalian. sudah hampir 2 tahun rupanya blog ini dibiar dengan sesawang-sesawang yang menggambarkan kelusuhannya. Hari ini diberi lagi kesempatan bertinta, alhamdulillah. Hari ini, sekitar perkongsian saya bersama team PMIUM dalam memecah pagi di kota raya.

Semalam, saya sempat bersama hampir 100orang sahabat-sahabat dari PMIUM, GAMIS, Rakan Masjid, JAWI, PUM dan lain-lain memecah sunyi di kota raya dalam misi 'Ekspresi Dakwah di Bukit Bintang'.

Jika beberapa malam sebelum ini, PMIUM turun memenuhi misi memberi bantuan makanan kepada 'gelandangan', misi semalam yang sedikit berbeza dalam 'Ekspresi Dakwah' iaitu menyantuni warga kota dengan dakwah jalanan.

Melihat kondisi dan keadaan masyarakat yang sangat menyedihkan dan menyayat hati, orang-orang tua seusia ibu ayah kita tidur bergelimpangan di koridor-koridor jalan tanpa penginapan dan perlindungan yang baik, wanita-wanita sebaya dan seusia kakak-kakak dan adik-adik kita sibuk mengatur langkah penuh lenggoknya mencari 'pelanggan' demi sesuap nasi.

Amat menyedihkan apabila melihat wanita-wanita yang melarat di kota raya, dengan kehidupan yang tidak terurus menjadi peminta sedekah, kutu rayau dan pelacur dengan pakaian yang sangat 'memberahikan' berjalan-jalan di hadapan hotel dan tak kurang hebatnya yang dapat dilihat secara jelas menari di disko-disko. Terdapat beberapa orang wanita serta keluarga yang ditemui apabila dibawa bersembang, mereka meluahkan keperitan hidup yang menghimpit hari ini dengan kos sara hidup terlalu tinggi dan keadaan ekonomi memerlukan mereka lebih 'bekerja keras' dengan haluan masing-masing untuk membantu keluarga dan kehidupan seharian sendiri. Oleh sebab itu mereka turut berjalan di tengah-tengah kota walaupun pada kelewatan malam.

Melihat keadaan ini, sewajarnya ada inisiatif yang membina untuk membantu wanita-wanita ini dalam mengeluarkan kehidupan mereka dari lembah kecelakaan dan penuh dengan mara bahaya yang datang tanpa diduga serta membawa mereka kembali ke alam norma hidup yang lebih aman, selamat dan terjamin. Mereka juga wanita seperti kita, mencintai keamanan dan kebahagiaan demi sebuah kehidupan yang harmoni, namun apakan daya andai ia diluar kemampuan mereka hanya kerana kerakusan dan penindasan dari kerajaan durjana tidak melihat dan membantu rakyatnya yang derita.





Wednesday, December 26, 2012

SeRPihan dari yang 'SuLunG' itu...

Seringkali dingin pagi menusuk ke tulang-belulang Balqis tatkala qiamullail didirikan, menjadikan dia terasa nikmatnya ciptaan Tuhan Yang Maha Agung. Arus air sungai di belakang rumahnya tidak henti-henti berzikir setiap saat, menyegarkan tubuhnya yang kadang kala hampir terlelap. Bisikan zikir air yang menitis di atas batu seringkali menjadi penemannya di kala sunyi menunaikan qiamullail sendirian. Saat itu juga hatinya terasa dekat dengan Sang Pencipta. Itulah idaman hatinya dalam mencapai redha Ilahi, ingin merasakan tidak ada pendamping yang lain melainkan Pemilik kepada sekalian pendamping.

Kadang kala hatinya turut mengadu keletihan menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan Allah padanya, terasa terlalu berat di punak bahunya untuk terus memikul taklifan tersebut. Bukan mudah baginya untuk menjalankan amanah sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar di sebuah universiti yang pelajarnya terdiri daripada berbilang agama dan bangsa, baik pelajar mahupun pensyarahnya. Untuk mewarnai universiti dengan warna yang disyariatkan agama Islam pada sekalian alam amatlah sukar. Namun, hati kecil Balqis seringkali ditasji’kan dengan ayat ke tujuh surah Muhammad, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. Ayat itulah sentiasa menjadi penguat  serta penemannya dalam mengharungi hari-hari yang penuh berliku. Kekuatannya juga digandakan lagi oleh Allah apabila bersama sahabat-sahabatnya secara berjemaah menjadikan kerjanya yang semakin berat, terasa ringan dilaksanakan.

“Ya Allah, sesungguhnya diri ini terlalu lemah dan tak layak untuk terus memikul amanah untuk menjulang agamamu kerana aku adalah hamba yang terlalu hina, terlalu lemah diriku ini jika dibandingkan para mujahidin yang bermati-matian memperjuangkan agamamu, tapi aku teringin berjumpa denganMu dalam keadaan Engkau meredhaiku dan aku meredhaiMu Ya Rabb, pinjamkan aku kekuatan-kekuatan yang telah Engkau pinjamkan pada kekasih-kekasihMu Ya Allah. Bantulah aku untuk terus tegar di atas jalan ini. Janganlah keletihan menjadi penghalang untuk aku terus diam membisu dalam melaksanakan gerakerja Islam. Kuatkanlah aku dengan kekuatan milikMu.”

Bersambung...

Saturday, December 22, 2012

~KePELbaGaiaN HidUp ManUSia~


Alhamdulillah akhirnya Allah berikan kesempatan untuk kembali bertinta di alam maya untuk pengakhiran tahun ini. Assalamualaikum & Salam ketenangan buat semua para pengunjung blog ini, semoga setiap perkongsian antara kita diiringi berkat serta redhaNya... (^_^)

Sudah hampir berbulan ana menghabiskan setiap detik masa yang berlalu ini di Kotaraya yang penuh pesat dengan pelbagai 'kesesakan', bermula dari bulan 5 hinggalah saat ini. Suka untuk sama-sama berkongsi pengalaman untuk pengajaran dan muhasabah bersama... :) Jom kita 'sharing'!

Untuk entry kali ni ana prefer untuk syer berkaitan pengalaman hidup orang-orang sekeliling yang boleh kita jadikan iktibar, peringatan & motivasi bersama. ^_^...

 ~PENSYARAH~
Perkenalan dengan pelbagai orang yang berbeza latar belakang, seorang pensyarah, juga antara Exco terpenting di tempat kerja lama ana, kehidupan yang penuh duka apabila dihayati. Awal remajanya penuh dengan kegembiraan bersama sahabat di kampus & rakan sekerja setelah dewasa, kini bergelar ibu tunggal kepada 3 orang anak lelaki,, HERO mama... :) Perkahwinan dengan suami yang menggunakan ubat guna-guna sebagai 'penarik' untuk berkahwin, kaki pukul, tak memberikan nafkah zahir menjadikan kehidupannya penuh rumit mengharungi hari-hari yang perit. Hingga hari ini, walaupun sudah berpisah ilmu-ilmu hitam yang dikenakan ke atasnya masih diteruskan. Pelbagai cara digunakan untuk menyingkirkan sihir-sihir yang dihadapinya termasuklah berubat dengan Ust Haron Din, akhirnya 'benda' yang hidup di dalam badannya (3ekor) masih sentiasa bergerak-gerak memakan & menyakiti badannya. Usaha tetap dituruskan, tetapi ujian Allah tetap mendatang bagi menguji keimanan hamba-hambaNya, masalah kewangan untuk mengharungi hidup keseorangan dengan tanggungjawab kepada 3 orang anak yang masih bersekolah begitu merumitkan kehidupannya. Namun, perwatakannya yang sentiasa ceria mampu mengaburi mata setiap insan sekeliling termasuk pelajar-pelajarnya terhadap penderitaan yang dilalui. Tetapi kata-kata penguat yang turut menjadi motivasi padanya, 
'sejauh mana kita susah, ada lagi orang yang lagi susah dari kita... kalau kita nak yang baik-baik saja, kuranglah pahalanya sebab yang susah tu lebih banyak pahala bila kita berjaya lalui dengan kesabaran & keimanan yang kuat padaNya'

~IBU MUDA~
Bersama kakak yang banyak berjasa. Beza umur kami hanya 4 tahun, namun hidupnya jauh lebih tragis & penuh ujian. Dari awal umurnya setelah baligh, anak tunggal ini 'dijual' oleh ayahnya setelah ayahnya berpisah dengan ibunya. Dengan harga RM2000, hidupnya dari anak kecil berusia belasan tahun berubah 360 darjah. Alhamdulillah, dalam niat buruk itu Allah sertakan bantuan dariNya buat anak yang teraniaya ini. Perkahwinan dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab pada awalnya tak jadi & Allah gantikan dengan seseorang yang jauh lebih baik buatnya walaupun dalam keadaan pemikiran yang masih keanak-anakkan. Suami itu, mengajar agama, matematik, al-Quran dan segalanya umpama si isteri ini seperti anaknya. Beza umur mereka yang terlalu ketara membuatkan dia tidak selesa dengan si suami yang lagaknya seperti seorang ayah. Hingga akhirnya terbuka pintu hati si isteri untuk menerima suaminya dengan redha & alhamdulillah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang kecil lagi comel. (^_^)... Ahli perniagaan yang berjaya dengan niat ikhlas ingin membantu si isteri yang teraniaya ini membekalkan segala keperluan yang cukup & baik buat isteri. Dalam kegembiraan mengharungi kehidupan dunia yang seketika, hidupnya dikejutkan dengan pembunuhan si suami dengan sebab ditetak berkali-kali yang mungkin disebabkan dengki pada kejayaan perniagaannya. Hidupnya kembali menjadi gelap seketika. Akhirnya hari ini, permata-permata hatinya yang menjadi penguat & pengubat jiwa. Seketika ana tinggal & hidup bersama mereka menjadikan diri ini terasa kuat seperti kuatnya aliran hati si ibu ini. Alhamdulillah, dalam keperitan hidupnya ini Allah bekalkan sebuah keluarga angkat yang membantu serta menguatkan kehidupannya dalam mengharungi arus modenisasi hari ini... semoga akak terus kuat & sabar berbekalkan iman yang tinggi, insya Allah...

Banyak lagi kisah-kisah insan sekeliling kita yang boleh dijadikan iktibar. Namun untuk kali ni, ana suka untuk berkongsi perihal mereka berdua. Dalam kesibukan & keindahan pemandangan di kotaraya, Kuala Lumpur ini, masih banyak insan yang mengharungi kehidupan yang penuh onak duri serta ranjau yang berbisa. Hanya kita yang banyak dikurniakan nikmat kebahagiaan ini kadang-kadang lalai dengan kehidupan. Akan datang Insya Allah, ana akan kongsikan kehidupan para 'Homeless' di sekitar Kuala Lumpur jika berkesempatan, Insya Allah... 
Semoga perkongsian ini tidak sia-sia, & membuka hati kita memandang setiap ciptaan & kehidupan itu Allah sertakan dengan ujian masing-masing yang mampu meraka hadapi, kerana Dia lebih tahu kemampuan hambaNya. Jadi, sejauh mana ujian hidup kita hari ini? & sejauh mana kebergantungan kita padaNya hari ini? 




~Di sebalik ketenangan yang ada, tersembunyi seribu satu RAHSIA kehidupan manusia~

Saturday, June 9, 2012

DiujiNya kita dengan Ilmu Yang Dimiliki

Assalamualaikum & Salam Mahabbah buat semua sahabat alam maya.. dah lama ana tak ketemu antum & update blog ni.. benar-benar tak sempat, tapi hari ini perasaan ingin berkongsi bersama semua amat melonjak-lonjak rasanya. Jom kita telusuri bersama pengalaman yang ana nak syer bersama semua! :) 

Teringat kenangan pertama kali melangkah ke Kota Raya Kuala Lumpur untuk temuduga kerja di tempat yang ana bekerja sekarang. Banyak benar onak & durinya. Hari pertama setelah sampai saje di LRT Kerinci, sambil menunggu 2org sahabat untuk pulang bersama ke Negeri Sembilan sebelum temuduga yang sebenar isninnye, Handphone boleh pulak tercicir tanpa sedar. Berkali-kali didail tapi tiada jawapan, akhir sekali slps solat maghrib call ana diangkat oleh beberapa orang anak muda yang memang bsing-bsing di belakang mereka. Katanya mereka berada di KL Sentral. Memang peluang untuk dapatkan kembali telephone tersebut terlalulah tipis. Akhirnya ana & sahabat mengambil keputusan untuk ke Celcom Centre, Alhamdulillah proses 'block' nombor yang lama telah berjaya & ana tetap pohon untuk menggunakan nom yang sama. Semua urusan selesai dalam tempoh kurang dari 30minit, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Malangnya, semua nombor dah hilang, ana hanya ingat nom phone ayah saje di kampung halaman. Hampir seminggu jugak tak dapat bercakap dengan bonda tercinta kerana acapkali hubungi ayah, pasti saje di luar & xdapat bercakap dengan bonda. Tapi Alhamdullah Allah tekalkan hati & akhirnya dapat jugak kembali nombor-nombor phone keluarga & sahabt2 walaupun tak semua.

Dari Negeri Sembilan untuk hadiri temuduga besoknya, ana terpaksa pulang sendirian ke kerinci untuk bermalam di sana kerana bimbang tak sempat untuk interview. Sebab yang sememangnya tak dapat dielakkan, sahabat ana tak dapat bersama-sama pulang ke Kerinci pada petang ahad tersebut. Kali ni ana sememangnya sendirian melainkan Allah sebagai peneman. Setelah dihantar ke stesen kereta api, ana terus meluru ke gerabak yang menghala ke KL Sentral. Memang penuh, tapi Alhamdulillah ada tempat duduk sementara menunggu tiba di sana. Di KL sentral abang ana janji untuk berikan telefon sementara ana membeli yang baru & di sana jugak ana berjanji untuk ketemu zakiah & pulang ke Kerinci bersama. Sepanjang perjalanan ana dari Ngeri Sembilan ke KL Sentral, tiada telefon sebgai alat penghubung, memang sukar, tapi kadang2 ana terfikir, kenapa payah sangat sedangkan orang zaman sebelum2 ni pon tak de telefon bimbit. Jadi dikuatkan semangat walaupun sebenarnya agak tidak berani musafir sendirian di tengah kota raya tersebut. 
Alhamdulillah, setibanya di KL Sentral dengan takdir Allah dipermudahkan urusan ana ketemu zakiah & abang. Semuanya selesai dengan baik, Alhamdulillah....

14 Mei, tarikh interview ana. Alhamdulillah semua berjalan lancar, cuma,,, seperti di UM sebelum ni, dalam kampus ana tak boleh berpurdah tapi di luar alhamdulillah tiada maslah, begitu jugak di tempat kerja ni. Keadaannya agak serupa. Ana terima sebagai 1 realiti kehidupan dalam skop pemikiran masyarakat sekrang & mudah2an dakwah ana meluas pada semua. 
Alhamdulillah setelah menunggu beberapa mnit setelah ditemuduga, ana dipanggil kembali ke bilik temuduga & diterima bekerja. Minggu ni, telah genap sebulan ana menapak di tempat kerja ana sekarang. Alhamdulillah pengalaman yang amat membantu ke arah pematangan.  

Tapi, sememangnya tak dapat dinafikan dlm setiap perjalan urusan pasti ada badai yang melanda. Saat ini, aku keseorangan mengharungi semuanya & hanya Allah sebagai sebaik2 pembantu. Sahabat2 yang dahulunya sentiasa bersama dalam susah & senang, turut bekerja & berhadapan dengan badai kehidupan masing2. Sememangnya ana & sahabat2 seringkali dididik dengan keadaan 'kesusahan' semasa di universiti sebelum ini, mungkin kali ini ilmu itu ingin diuji Allah pada saat ini. Melihat sejauh mana ilmu itu dipraktikkan & sejauh mana Allah dijadikan tempat pergantungan.
Kami seringkali berhubung tapi hanya melalui telephone & facebook, dah lama tak bersua muka. Teramat rindu pada mereka. Bilalah akan bersua semula... Teringat wajah2 mereka di saat sedih & gembira..Terimbau kembali kenangan2 bersama di saat keperitan dihadapi tanpa mereka. Hinggakan timbul rasa ingin bersama mereka hingga akhir hayat bersama. Namun, takdirNya menentukan segala-galanya, kami terpaksa berpisah buat sementara, Insya Allah sahabat, moga bertemu kembali pada tahun pertama Ijazah di UM kelak Insya Allah..

Nukilan Rindu buat sahabat.. Salam Perjuangan! TAKBIR!!


Tuesday, March 27, 2012

'DIA' hilang lagi...

Aliran deras air sungai terus-terusan mengalir tanda berzikir memuji Sang Pencipta. Wajah Balqis meredup sayu memandang keluar jendela merenung kehidupannya yang tak ubah ibarat permainan catur. Tatkala kita hampir menang tanpa diduga kekalahan mendatang. Tanpa diundang dugaan bertandang. Masih teringat Balqis dalam pertandingan chessnya yang lepas.

“checkmate..!” sergahan kuat Amina ketika Balqis ligat memikirkan strategi untuk menjatuhkan lawannya itu semalam masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.

“Akhirnya kalah jugak kau di tangan aku ye..?, ye laa… bukan senang nak menjatuhkan jaguh kebangsaan macam kau nie,” usikan Amina dibalas dengan kuntuman senyuman yang terpaksa dilirik-lirik pahit..fikirannya berputar-putar dan hatinya seakan-akan tidak tenteram dengan kekalahan tersebut. Mahu tidaknya, Balqis yang terkenal dengan kehebatannya bermain chess dikalahkan oleh sahabat baiknya yang baru setahun jagung mengenali dunia chess.

“aku rasa dah habis baik aku punya percaturan askar-askar dan buah-buah chess aku yang lain, macam mana boleh kalah pulak kali ni?, nak kata Amina tu pandai, tak jugak. Ye lah, aku yang mengajar die selama ni…ermmm…” detus hatinya yang sedari semalam tidak henti-henti mempertikaikan kekalahannya itu.

“syuuuu,” sapaan lembut angin malam menghinggap ke wajahnya yang mulus. Lamunannya terhenti, tiba-tiba Balqis teringat akan ibunya lantas mengatur langkah menuju ke ruangan bilik ibunya yang tidak jauh dari dapur.

Dikuak daun pintu bilik ibunya yang sedari tadi tertutup rapi. Tiba-tiba hatinya berasa sayu melihat kelibat ibunya bertelekung menunaikan solat sunat di malam hari.

“Nape tiba-tiba rasa semacam je nie?,” bisik hati kecilnya.

Kakinya beralih langkah ke tandas untuk mengambil wuduk sebelum tidur.

Sekembalinya ke kamar peraduan, Balqis menumbangkan badannya yang keletihan di atas katil bujang di sudut biliknya.

Dalam keadaan yang menghampiri separa alam sedar itu, Balqis teringat pesan kakaknya, “ dalam setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, belajarnya memandang setiap perkara dengan kaca mata tarbiah dan pemikiran yang positif.”

Pemikirannya kembali memuhasabah apakah tarbiyah Allah untuk dirinya atas kekalahan yang tak dijangka itu.. Hampir terlelap matanya yang kuyu itu. Akhirnya terdetik di benak fikirannya “ya,mungkin ini teguran Allah…selama ini kemenangan yang berturut-turut dalam pertandingan chess telah menimbulkan riak di hati, menjadikan aku yakin kemenangan itu adalah hasil kehebatan aku sendiri bukan bantuan dariNya,sedangkan dulu masih teringat saat aku terkontang-kanting mempelajari chess. Allah lah yang membekalkan kekuatan dan kesabaran untuk terus-menerus menguasainya begitulah kehidupan yang sekadar pinjaman, Dia pinjamkan semuanya untuk sementara dan akan mengambil kembali di saat Dia kehendaki dan sesungguhnya Dialah pemilik setiap sesuatu.

SAAT ALLAH TIADA DI HATI,

JIWA SEPI INGIN DIMENGERTI,

HATI MERINTIH TIDAK TERPERI,

TANDA HAMBA LEMAH SEKALI



Saturday, March 10, 2012

Adakah ini yang Terakhir?

Gerimis pagi membasahi Bumi Tarbiah Nilam Puri dengan sayunya…tertanya aku pada diri, adakah ini gerimis terakhir mengiringi perpisahan kami dari bumi yang penuh barakah ini? Mungkinkah juga kali terakhir untuk aku melihat sang merpati putih menyembangkan sayapnya menghirup udara di padang bertentangan bilik setiap pagi.? Adakah jendela rumah yang sering aku perhatikan tertutup dari tingkap bilik ini akan terbuka tatkala aku melangkah keluar dari sini? Adakah boleh aku merasai dinginnya angin malam dan cantiknya warna kilauan lampu kenderaan dari jalan raya tatkala malam yang gelapnya pekat bertandang? Setiap pagi mataku disegarkan dek merpati yang mesra di angin lalu beterbangan bersama rakan-rakannya yang lain, kehijauan pohon-pohon yang menenangkan hati & mata tatkala dahagakan ketenangan. Terlalu tenang ditemani alam sekitar yang aman & damai… mungkinkah akan dapat dirasai lagi suasana ini? Ermmm…mungkin jauh panggang dari api jika dibandingkan kampus UM,KL dengan UM,NP. Walau apa pun kaki ini tetap kena melangkah keluar dari bumi yang penuh rahmat ini untuk berhijrah ke bumi yang lain bagi mencari ilmu sebagai bekalan hidup di dunia serta menjadi petunjuk ke landasan yang lurus menuju alam yang kekal abadi kelak, insya Allah.

Terpandang aku pada kalender di laptop ini, sudah 11 Mac, tak lama lagi umurku akan mencecah 20 tahun, terasa seperti semalam aku baru berlari-lari anak di kampung halaman bersama kakak & adikku, baru berapa hari yang lalu aku terjatuh dari basikal & menangis dalam cubaan yang berkali-kali itu, baru berapa saat aku bergelar remaja yang cuba memahami diri sendiri, baru saje berapa ketika aku menjejakkan kakiku di bumi yang berkah, Bumi Serambi Mekah ni… tapi hari ini, masih berbaki hanya 3 hingga 4 hari saja lagi untuk menetap di sini.

Terimbau kembali hayatku selama 20 tahun dihabiskan di atas muka bumi yang fana’ ini, terasa seperti banyak masa disia-siakan, banyak dosa dilakukan, banyak amanah tak ditunaikan & banyak lagi yang masih aku terhutang…. Adakah boleh untuk aku baiki kehidupan akan datang? Bolehkah aku merubah graf kehidupan dalam azam aku untuk kehidupan di usia 20 tahun yang akan menjelang? Bolehkah aku mencipta jalan kehidupan yang lebih bermakna untuk dilalui? Tapi adakah tempoh hayatku akan mencecah lagi 20 tahun akan datang? Atau 10 tahun? Atau 5 tahun? Atau besok? Atau hari ni? Atau bila-bila saja, tapi adakah tempoh kehidupan akan datang mampu menebus segala kekurangan dalam langkauan masa yang lalu? Ermmm..menyesalnya…!!!

Tapi azam tetap kena pasak! Usaha tetap kena terus bertindak! Insya Allah, Allah pasti bantu pada hamba-hamba yang berkehendak..! bantu aku Ya Allah, untuk harungi kehidupan dalam masa-masa yang mendatang…semoga lindunganMu sentiasa bersama kami walau di mana pon kaki ini menjejak, walau bagaimnapun diri ini berpasak, semoga Engakaulah menjadi petunjuk ke arah keredhaan yang abadi, kasih yang suci telus dari syurgawi..insya Allah……… salam muhasabah bersama.

Mari sama-sama berusaha ke arah soleh/solehah yang diberkati…insya Allah. Salam awal 20-an!!


Monday, December 12, 2011

CaRi & JaDiLaH seperti InI..

Salam tinta buat semua sahabat maya… apa khabar hati & iman hari ni? Semakin lapang & segar dalam lindungan Allah? Terasa begitu? Atau tidak?

Jom baca entry ana hari ni!!

Sekadar perkongsian bersama buat hati-hati yang mekar di dunia yang fana,.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.