Saturday, November 26, 2011

MuSaFiR PeNuH ErTi...^_^

Assalamualaikum & salam Ma’al Hijrah buat semua saudara seaqidah mahupun berlainan aqidah, semoga hidayah Allah terus kekal menetap dalam hati-hati kita hingga ke penghujung nafas yang terakhir, Insya Allah. Apa khabar mata, lidah dan hati kita hari ni? Semakin terjaga atau semakin banyak melakukan dosa? Harapnya setiap detik nafas yang terhembus sentiasa membawa hati ‘taqarrub illallah’ & tak dicemari dengan mengingati yang lain selain dari-Nya.

Saat ni ana suka untuk syer ceritera sepanjang perjalanan ana & sahabat2 selama 2 hari lebih kurang menjelajah ke luar dari Kelantan, kembali ke negeri tumpah darah, Kedah Darul Aman…

Jumaat pagi; ‘Penginapan Kami’

Sejurus tiba di negeri jelapang padi tersebut pada jam 4.00pg lebih kurang, sebuah Myvi hitam meluncur laju mengambil kami ke rumah seorang sahabat untuk menginap di sana selama keberadaan kami untuk meneruskan misi pada hujung minggu ini. Alhamdulillah, terasa indahnya nikmat berkeluarga dengan nilai2 Islam diterapkan secara mendalam dalam diri setiap anak2 & seluruh kaum kerabat. Mungkin inilah nikmat yang ingin dirasai oleh ramai insan yang ingin membina ‘Baitul Muslim’. Terasa semua ahli keluarga ketika itu seperti keluarga sendiri tambahan pulak orang2 Kedah dah sememangnya ramah, keramahan itulah menjadikan kami jauh lebih selesa bersama.

‘Bertemu Walid’

Jam 9.00pg dengan memandu kereta kancil hijau dengan bunyi dengungan ‘ekzos’ yang begitu kuat seakan2 kereta sport milik tuan rumah telah membawa kami ke Sik, rumah walid. Perbincangan isu utama ketika itu, ‘bagaimana untuk dekati madu’ yang high risk?’ Walid, seorang kaunselor yang berkelulusan agama yang sedang proses menamatkan PHDnya dulu tapi terbantut di tengah jalan atas sebab2 tertentu sememangnya suka bersama anak2nya dalam perbincangan2 ilmiah seperti ini & sememangnya dialah antara sumber rujukan tambahan kami. Pemikirannya yang begitu luas & terbuka membawa perbincangan kami ke arah yang lebih menarik.

“Untuk dekati anak2 yang berisiko tinggi ni, kita kena lebih banyak bersama depa, jangan asyik kejar program tapi madu’ tak didekati. Kena dengar cerita2 & luahan2 depa sampai habis baru kita boleh bersuara sebab kadang2 depa nak meluahkan & kita jangan bersuara atau memotong percakapan depa hinggalah luahan depa sampai ke noktah terakhir kalau tak, lepas ni depa akan terus senyap &tak kan bercerita apa2 lagi. Kalau rasa payah sangat untuk dekati sampaikan tak nampak apa2kesan walaupun sikit pada depa, mungkin ada silapnya. Yang penting & utamanya ‘thaharah’, mungkin antara depa ada yang tak suci (tak mandi wajib). Ni berdasarkan pengalaman saya sendiri, pada hari pertama hingga akhir program tak nampak sikit pon perubahan malah ada yang semakin teruk, hanya berbaki 2-3jam program akan berakhir, Allah ilhamkan supaya budak2 tu mandi wajib & solat taubat. Alhamdulillah, dah selesai mandi wajib & solat taubat, keadaan depa berubah 360 darjah dari asal. Lepas pada tu, setiap aktiviti yang saya buat saya akan tekankan tentang ‘thaharah’. Bukan saja dari aspek mandi wajib, tapi thaharah dari semua aspek termasuk kesucian & kebersihan hati & yang seumpama dengannya.” Perkongsian ustaz yang bercampur loghat bahasa Kedah & Negeri Sembilan.

Perbincangan tersebut mencecah jam 12 lebih, untuk tak mengganggu walid bersiap2 ke solat Jumaat kami terus meminta diri.

Destinasi seterusnya ialah “Kawasan Rekreasi Bendang Man”. Alang2 ada kawan dari Perak, kami bawak sekali jelajah kawasan2 menarik di Kedah. Kawasan tu tak banyak berubah, airnya tetap jernih Cuma arus lebih laju dari sebelum ni mungkin sebab hujan. Kawasan2 perkhemahan dahdipenuhi adik2 yang datang untuk program ‘Bina Insan Cemerlang’ bawah anjuran ahli parlimen & Pemuda PAS kawasan. Sempat beramah mesra dengan mereka. Alhamdulillah, program tu menarik gayanya. Antara tujuannya untuk mengisi masa cuti sekolah pelajar2 dengan perkara yang berfaedah & penekanan pada tarbiyah rohaninya begitu efektif Insya Allah. Ramai jugak pesertanya yang menggabungkan pelajar2 sekolah rendah & menengah dari pelbagai pelosok Kedah. Tu baru satu kawasan perkhemahan di Bendang Man. Sebenarnya satu kawasan tu mampu memuatkan banyak kem dalam satu masa sebab kawasannya yang luas dapat memisahkan banyak program. Kami terus menjelajah lebih dalam ke tapak2 kem yang seterusnya di Bendang Man. Memang banyak, untuk hari ni saja, 3 kem berjalan serentak di tapak2 yang berbeza. Seronoknya tak terkata. Teringat zaman sekolah dulu, nilah tempat kem Kadet Trafik Sekolah & Kem Kepimpinan Pengawas yang pernah ana & sahabat2 sesekolah sama2 ikuti dulu.

Perjalanan yang jauh & agak meletihkan untuk sehari yang kurang kerehatan. Selesai penjelajahan, kami terus meluncur untuk membeli barang2 keperluan, ke pasar malam & tak dilupakan hadiah untuk walimah yang bakal kami hadiri besoknya. Jauh lagi dari tempat kami shoping untuk balik ke rumah, terpaksalah solat maghrib di rumah saudara yang berdekatan. Alhamdulillah, selesai saja solat maghrib kami terus melangkah pulang ke penginapan. Terbayang2 orang seisi rumahmenunggu barang2 yang dipesan, memang lambat tibanya.hehe…

Hari yang agak bermakna, yang paling penting terisi dengan perbincangan bersama walid. JKeletihan yang memuncak telah membawa kami dihanyut mimpi agak awal malam tu tanpa sempat bermain dengan Amalia si kecil yang comel lagi licik. Rindu terasa ingatkan si kecil tu…

Sabtu; Walimah Istimewa

Jam 10.00pg semua dah bersedia untuk hadiri walimah istimewa, kakanda tercinta…J pada mulanya ingatkan jauh betullah rumah pengantinnya, tapi dekat je. Dekat-dekat pun hamper sejamlebih jugak disebabkan kesesatan yang nyata. Habis semua orang ditanyanya hinggalah tiba di rumah pengantin jam 11 lebih. Sebaik saja tiba, nampak 3,4 orang muslimin yang seakan-akan kenal dari jauh. Bertungkus lumus mereka melengkapkan persediaan terakhir untuk walimah istimewa ni. Tak henti-henti nampak gayanya. Mereka hanya menyambut kami dengan senyuman selamat datang dari jauh. Sebaik turun saja dari kereta, kami terus mengatur langkah menemui pengantinperempuan. Berseri-seri wajah akak menyambut kedatangan kami. Mahu tidaknya, walimah ni telah menyatukan ramai adik2nya dari berbeza umur tapi kami saling mengenali. Seronok jumpa merekasemua. Rasa terubat kerinduan. J

Semalam majlis akad nikah pada jam 3ptg, temanya putih & biliknya bertema hijau putih…cantik sangat. ;) Tema pich (oren+putih) untuk walimah hari ni memang menyerlah, terpancar keserian & ketenangan wajah kedua2 mempelai produk tarbiyah yang hebat ini. Dalam kesibukan akak bersiap2 untuk menyambut pengantin lelaki, sempat lagi kami kutip butir2 mutiara indah ungkapan akak ketika itu,

“jodoh itu ketentuan Allah yang pasti, jangan risau mengenai itu. Yang pasti, semasa menjalankan gerakerja Islam jalankan betul2. Jangan difikir mengenai ni. INGAT! Kita jaga amanah Allah, Allah pasti jaga kita.” Tersirat ke dalam sanubari ketika itu, sehingga gelombangnya mengetuk kuat jiwa menjadikan ia azam untuk penghijrahan diri & peringatan yang kukuh di hati.

Kami menunggu di majlis walimah tersebut hingga tepat jam 4ptg. Keluarga akak yang ramah tu jugak menjadikan kami seronok untuk terus lama di situ. Rasa seperti nak pergi lagi lepas ni..hehhe.. teringat pulak Kak Umi, kaki ipar merangkap mak andam pada akak. Celotehnya bukan main, seakan-akan kami dah lama kenal, heheh…

Selesai makan di meja istimewa bersama rombongan pengantin lelaki, kami mintak diri untuk beransur pulang. Sebelum tu, sempat jugak kami berborak dengan 2 mempelai yang tersirat kebahagian di sebalik wajah tenang penuh keimanan tu. “Tolong hadiahkan novel tulisan akak pada ayah, & sampaikan salam akak & ustaz pada ayah,”. Masih teringat jugak akak dalam kesibukan & kebahagiaannya pada ayah yang mendidiknya sejak dulu hingga sekarang. Walaupun bukan ayah kandungnya tapi tetap dekat di hati. Novel keluaran pertamanya menjadi hadiah pengikat kasih buat ayahanda tercinta.

Banyak jugak gambar yang diambil beramai2 termasuk gambar akak bersama pasangannya. Tapi tak dapat dipublish di sini atas sebab2 tertentu.

Jam 4ptg, sekeliling kereta dipenuhi sahabat2 sekeluarga melambai tanda ucapan selamat berpisah untuk sementara. Terasa sedih & sebak saat perpisahan setelah pertemuan yang seketika itu. Tapi destinasi seterusnya terpaksa pergi kami jelajahi, seberat mana pun terpaksalah mengatur kaki berjalan pergi… rumah walimah seterusnya,seorang guru yang kami kenali hanya dengan kerapkaliberprogram bersama-sama. Panjang ukhwah ini, Alhamdulillah. Sebenarnya walimahnya hari ahad, memandang kami akan balik pada sabtu malam, jadi terpaksalah awalkan kehadiran tanda ziarah menjelang. Keramahan cikgu menjadikan keletihan sepanjang hari terbang tanpa hinggap di susuk badan. Dihidangkan dengan cup cake & hidangan2 istimewa yang ringan2 membawa kami untuk terus solat asar di rumahnya walaupun dalam keramaian orang bersiap2 untuk kenduri besoknya.

Jam 6ptg kami melangkah keluar dari rumah yang tersergam indah hiasan pelamin & sebagainya untuk majlis yang penuh barakah itu. Sejam perjalanan pulang di atas jalan yang bersimpang siur,sebaik saja azan maghrib berkumandang kereta kancil hijau pon masuk ke tempat ‘parking’ asalnya.

Selesai bersiap2 untuk pulang pada malam tu, kami makan lagi untuk bekalan perut supaya tak lapar atas bas nanti..jam 9.45mlm lebih kurang kami keluar ke stesen bus Sungai Petani untuk menaiki bas kembali ke Bumi Serambi Mekah meneruskan agenda kehidupan & perjuangan seterusnya. Alhamdulillah jam 5pgi tadi kami selamat tiba di Bumi Nilam Puri yang melimpah ruah rahmat-Nya. Semoga setiap hari yang dilalui penuh dengan redha & berkatnya Insya Allah.

Salam Ukhwah buat semua pembaca. Semoga hari2 kita sentiasa dalam naungan & petunjuk Allah pemilik sekalian alam…wallahua’lam…




Gambar sekitar 'walimah istimewa'

Novel Sulung karya Kak Im




Saturday, November 12, 2011

NaK KahWin, BaiTuL MusLim?

Assalamaualikum w.b.r dan salam 1 aqidah buat semua pembaca!!!

apa khabar iman & hati kita saat ni? semakin dekat dgn Allah? semakin jauh? atau dlm proses utk menambahbaikkan tahap keimanan sekarang?

entry hati ni ana nk kongsikan pendapat bersama semua, & ayuh sama2 lontarkan pendapat msing2 berkaitan perkahwinan.

Dalil-dalilnya?

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil2 yg di atas memang kerap kita dengar kan? apa perasaan antum bila berjumpa dalil2 ni?

Inilah isu yang sering kitab dengar kebelakangan ni, ramai siswazah hari ni telah berjaya menubuhkan baitul muslim dlm usia mereka yang masih muda, & ia mnjadi igauan dan idaman siswazah yg lain jugak.

tapi, adakah kita terfikir sejauh mana igauan & idaman kita itu berpaksi? adakah sekadar keinginan sebagai mnusia biasa mendirikan 'masjid' untuk berkongsi kebahagiaan bersama pasangan semta-mata atau untuk mengikut sunnah Rasulullah, atau mengawal nafsu atau mencari redha Allah atau apa?

Dan adakah kita benar2 telah bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga atau hanya seronok bila dengar org berkahwin kita pon nak jugak turut merasai kemanisannya? ana masih teringat kuliah yang pernah disampaikan ustazah di sekolah dulu, "Kalau kamu ditanya adakah sekarang kamu dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga apa jawapan kamu?" masa tu, semua pelajar sunyi menyepi tanpa jawapan, "Jawablah kami dalm proses persediaan di sini".

Ketika masih di sekolah itulah didikan para ustaz & ustazah, supaya kita sama2 menghayati setiap bait ilmu yang dititipkan untuk kegunaan sepanjang melayari kehidupan di atas muka bumi yang fana' ini. Maka tanyalah pada hati, apakah niat sebenar utk membina mahligai rumah tangga tersebut. Jangan jadi insan yang cepat melatah dek kerana suasana sekeliling, kenalilah dri, tanya juga pada Rabbi dlm istikharah dan hajat yang didirikan apakah yg terbaik untuk kita lakukan buat survival "Islam" dan sentiasalah berusaha ke arah persediaan itu. Semoga niat yang suci mendapat redha di sisi Allah Insya Allah.