Monday, December 12, 2011

CaRi & JaDiLaH seperti InI..

Salam tinta buat semua sahabat maya… apa khabar hati & iman hari ni? Semakin lapang & segar dalam lindungan Allah? Terasa begitu? Atau tidak?

Jom baca entry ana hari ni!!

Sekadar perkongsian bersama buat hati-hati yang mekar di dunia yang fana,.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Sunday, December 4, 2011

Ghuraba'? Tergolongkah Kita Bersama Mereka???

Assalamualaikum sahabat2 alam maya sekalian...apa khabar kehidupan kita hari ni? adakah semakin baik daripada sebelumnya atau sebaliknya? moga setiap saat hati kita sentiasa dalam muhasabah & merasai nikmat berada dalam tarbiyah Allah Insya Allah. ^_^

Entry hari ni berkaitan Ghuraba'. apa itu ghuraba'? pernah dengar? jom sama2 kita layari bahtera ghuraba'!

Golongan Sedikit

Malangnya, di akhir zaman golongan yang menjadikan agama itu bersimpang siur telah menguasai keadaan. Sesiapa yang enggan dia tersepit di tengah ombak kecelaruan yang mengkaburkan. Banyak pendapat dan andaian muncul di sana-sini; sehingga kita tertanya-tanya siapakah yang jujur, siapakah yang berdagang agamanya. Siapakah yang patut kita bela? Inilah suasana dunia yang membaluti kita hari ini. Pendirian agama kita dipaksa oleh orang lain. Kita tidak diberi kebebasan berpegang dengan apa yang kita yakin dari dalil-dalil yang kita baca dari al-Quran dan Sunnah. Itu kadang-kala dianggap menyanggahi majoriti.

Kita tidak menafikan masih ada golongan yang soleh, tetapi mereka itu sedikit di akhir zaman, merekaghuraba`. Nabi bersabda:

“Ada tetap ada suatu puak dalam kalangan umatku, yang menegakkan urusan Allah (Islam), mereka tidak dapat dimusnahkan oleh golongan yang menghina dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah (Kiamat) mereka tetap bangkit” (Riwayat Muslim).

Kata al-Imam Ahmad: “Jika mereka bukan ahlul hadis, aku tidak tahu siapa lagi”. Ertinya golongan yang berpegang kepada nas-nas Nabi s.a.w. itu akan tetap ada, ditentang dan dilawan, namun tetap bangkit.

Ya, di akhir zaman, golongan ini minoriti. Mereka dianggap asing di tengah lautan manusia yang rosak. Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:

“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).

Ghuraba`

Ghuraba` atau asing itu ada dua bentuk. Pertama; asing di sudut jasad, seperti mana seseorang yang pergi ke tempat baru yang dia tidak dikenali. Maka, dia akan berasa terasing dalam masyarakat yang baru, atau orang melihatnya asing kerana baru hadir. Namun, itu senang untuk diselesaikan. Sedikit pergaulan mesra, dan pandai mencari kawan, keadaan mungkin tidak asing lagi.

Kedua; asing di sudut ruh dan pemikiran. Sekalipun seseorang itu lama atau anak jati masyarakatnya, tetapi dia mungkin dianggap asing disebabkan pemikiran yang berbeza dengan mereka, atau sikap yang asing dari kebiasaan masyarakatnya. Dia terpencil kerana pendiriannya. Hal ini menyebabkan dia akan dipulau, dikecam, dihina dan ditolak. Tidak dapat diubah keadaan ini, melainkan dia mengubah prinsipnya, atau dia berjaya mengubah persepsi masyarakatnya. Itu merupakan tanggungjawab yang berat. Apatah lagi dalam masyarakat akhir zaman, di mana Nabi s.a.w bersabda:

“Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba` (yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih).

Maksudnya, golongan yang asing dan terpencil dari kelompok mereka, samada kabilah keturunan atau kumpulan-kumpulan yang wujud dalam dunia hari ini.

Biasanya, setiap puak mahu kita mengiyakan sahaja apa yang mereka kata. Jika mereka bangsa, mereka mahu samada buruk atau baik, kita sokong semua tindakan bangsa atau kabilah kita. Jika amalan tradisi yang bidaah dalam masyakat, disuruh terima sekalipun menyanggahi kitab dan sunnah. Kalau parti politik mereka mahu supaya kita tunduk kepada mereka samada yang benar atau yang salah. Demikian kumpulan dan organisasi dan seumpamanya.

Bagi mereka, jika tidak tunduk sepenuh itu tidak ada pendirian. Menyokong sebahagian perkara, berbeza dalam beberapa perkara dianggap berpendirian tidak teguh, kerana paksi mereka itu adalah kumpulan atau bangsa. Namun, golongan ghuraba’, paksi mereka adalah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Mereka itu‘Allah centric’, berpaksikan Allah dalam keputusan, sekalipun terpaksa berkorban jawatan, nama, rakan dan kedudukan.

Amatlah sukar untk hidup sebagai ghuraba`. Tekanan perasaan dan jiwa akan melanda. Mungkin mudah untuk diceritakan, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu, mereka dijanjikan syurga. Janji Nabi s.a.w:‘Beruntunglah ghuraba’. Golongan ghuraba’ bukan asing dinisbahkan kepada nas al-Quran dan al-Sunnah, tetapi asing dinisbah kepada keadaan sekeliling yang berbeza dengan kedua sumber agung itu. Namun, apakah pilihan yang ada, sedangkan Allah mengingatkan Nabi s.a.w: (maksudnya)

“Jika engkau taat kepada kebanyakan mereka di bumi ini, nescaya mereka menyesatkan engku dari jalan Allah” (Surah al-An’am, 116).

Ketika ramai manusia berlari mencari keredhaan makhluk, golongan ghuraba’, berlari mencari keredhaan Allah, sekalipun dimusuhi makhluk. Firman (maksudnya):

“Maka larilah kepada Allah” (Surah al-Zariyyat, 50).

Hidup sebagai ghuraba’ bukanlah mudah, namun kadang-kala kita terpaksa mengharunginya. Ini menambahkan tawakkal, keikhlasan, kekhusyukan dan segala jalan yang mendampingkan kepada Allah. Ketika dunia enggan berdampingan, tiada teman melainkan Tuhan al-Rahman dan rakan-rakan yang menjalani kehidupan sebagai ghuraba’. Di situlah limpahan kemanisan perjuangan.

(Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

Thursday, December 1, 2011

KeNagaN InDaH BeRSaMa MeReKa..

Ya Allah,rindunya adik-adik Thailand yang seminggu telah bersama kami melayari bahtera kehidupan di bumi Nilam Puri ni minggu lepas. Akhirnya mereka pulang kembali ke tanah air, tanah tumpah darah mereka seperti pulangnya burung ke sarangnya. Rindu yang teramat apabila teringat gelagat-gelagat mereka. Hampir saja nak tersenyum sorang2 ingatkan telatah mereka yang pada mulanya agak kekok pada hari pertama. Mahu tidaknya sebarang bahasa komunikasi tak mampu mereka kuasai melainkan bahasa ibunda mereka sendiri, bahasa Thai saja.huh, Kami yang melayan kerenah mereka pon dah macam juru bahasa orang bisu lagaknya, apa taknye kalau asyik bercakap dengan bahasa-bahasa isyarat setiap hari. Hehehe… semakin hari perubahan mereka semakin memberangsangkan, semakin boleh kuasai bahasa Inggeris & Bahasa Melayu, Alhamdulillah. Itulah saat2 yang menggembirakan & tak dilupakan jugak saat mula2 mereka kuntumkan senyuman & ukirkan tawa riang bila bermain mainan tradisional Melayu & pelbagai permainan yang kami perkenalkan. Gembira sangat… “Akak, I’m champion!”, suara Hasma adik angkat yang baru berusia 13tahun tu pada kali pertama dia bermain congkak, habis semua guli dipenuhkan ke lubang2 congkaknya,hehe.. tak mungkin hilang mesra suaranya dari cuping telinga yang kerap mendengar bait2 katanya tu. Tapi hari ni,semuanya hanya tinggal kenangan.. biarlah wajahnya jauh dari penglihatan tapi tetap dekat & kekal di hati Insya Allah. Semoga mereka menjadi antara jundatullah yang memperjuangkan kedaulatan agama Allah di tanah air mereka, Insya Allah. Salam kerinduan jauh dari perantauan adk2…rindu kalian!

Uhibbukunnafillah…