Alhamdulillah…berbunga-bunga rasanya hati ni bila tengok kak naqibah yang disayangi senyum & gembira dengan kehadiran semua adik-adik oasis(usrah). Terima kasih adik-adik yang ‘along’ sayang sebab sudi hadir untuk perjumpaan oasis kali ni. Akhirnya, buat julung-julung kali dapat jugak kita berkumpul tanpa tercicir sorang pon. Mudah-mudahan untuk perjumpaan seterusnya kita dapat berkumpul sama-sama lagi, insya Allah. Sebelum perjumpaan hari ni, memang banyak dugaan & ujiannya. ‘Kita(manusia) hanya merancang, Allah juga merancang & sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang’. Memang ‘along’ yakin sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,dan hari ni sedikit sebanyak ‘along’ dah nampak kemanisan di sebalik ujian tu. Memang manis apabila setiap ujian disertakan dengan kesabaran. Terima kasih pada-Mu, YA RABBUL ‘IZZATI.
“…Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”
(Al-Baqarah: Ayat 214)
Semoga ukhwah yang terbina ini sentiasa terpatri & terikat di hati persis untaian tasbih yang ada awal tapi tiada penghujungnya, dibentuk untuk mengingati-Nya, dicantum kerana cinta-Nya, diratib semata-mata kerana redha-Nya.
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah)bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”(Ali‘Imran:103)
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
1 comment:
assalamualaikum. subhanallah! byk pengisian n penbaharuan di dlm blog anti ini..maafkan ana kerna sudah agak lama ana x menjenguk laman blogmu ini.. mudah2an sama2 mendapat manfaatnye,amin..
Post a Comment