Saturday, May 21, 2011

HARI-HARI YANG BERMAKNA...

Ya Allah… dah tamat hampir 2 bulan setengah cuti sem kali ni. Allah sahaja yang tau keperitan dan kebahagian yang dirasai sepanjang melalui hari2 yang lepas. Hanya sempat bersama keluarga 2minggu ja daripada cuti 2 bulan lebih ni. Daripada mula cuti, banyak masa dihabiskan bersama program-program dengan walid. Di sinilah tempat mencari kembali diri yang telah hilang dan kilang pemprosesan kembali keyakinan dan kekuatan diri. Bersama orang yang kuat hubungannya dengan Allah, hati akan turut sama rasa keterikatan dan keredhaan Allah itu seiring dengan kita jugak selagi mana bersama dia. Ke KL & Seremban seminggu dengan sahabat, adik2 dan walid, baliknya terus ke Jeniang hampir 2 mggu. Dari jeniang pagi besoknya terus berangkat balik Nilam Puri untuk MUET. Selesai je Muet, kaki mengorak langkah ke ‘Program Tarbiyah Diri’ selama seminggu, seteruskan berangkat ke Melaka untuk dalami ilmu-ilmu Allah melalui pengajian di Pondok Baitul Qura’. 5hari sebelum tamat pengajian di pondok, masih tengiang-ngiang suara walid dalam telefon waktu bagitau tentang kem kepimpinan di Kedah memerlukan bantuan fasilitator, & ana terpaksa balik ke Kedah untuk membantu. Asalnya memang berat, tapi Allah sahaja yang tau, istikharah menemui penyelesaian, Dia menghendaki balik ke negeri tumpahnya darah adalah ketentuan yang terbaik,,, teringat dialog walid lepas maklumkan salah sorang drp. Kawan sekolah dulu merindui walid, “mungkin ni ingatan terakhir dia pada saya”. Hati bergetar, akhirnya tawakal menemui penghujung, dalam keadaan duit yang betul-betul kehabisan, teringat lagi, duit dalam bank hanya tinggal RM7 je masa tu. Allah saja yang tau macammana hati berserah padaNya. “insya Allah rezeki Allah ada di mana-mana”, ayat dan nasihat walid penguat keyakinan pada-Nya. Diri diuji dalam masa kita membentuk diri, Alhamdulillah, kekuasaanNya mengatasi segalanya, RM100 pemberian daripada sahabat berada di tangan tengahari tu jugak, petangnya tak semena-mena, kreta iswara terus meluncur ke Melaka Central beli tiket balik ke Kedah. Besok pagi, sebelum sempat kuliah dengan ust Zul, terus berangkat ke Kedah, tepat 8mlm dah boleh rehat di rumah Alhamdulillah. Hanya 2jam di rumah malam tu, pukul 10mlm terus berangkat ke Jeniang untuk persediaan kursus kepimpinan besoknya. Memang manis ketentuan Pencipta,, kehendak-Nya mengatasi segala-galanya… kali pertama walid sempat berjumpa dengan ayah, tapi malam tu keadaan walid tak begitu sihat…sakitnya menyerang kembali rasanya. Dengan izin Allah, besok paginya walid dah mampu untuk drive ‘dinasour’ kesayangn ke tapak kem. Alhamdulillah kem yang betul-betul menguji pentarbiyahan diri, mengaplikasi setiap penekanan yang diberi sepanjang ‘program-program tarbiyah’ yang pernah diikuti. Memang jika hidup sentiasa inginkan kesenangan dan keselesaan, ujian yang kecil menimpa manusia mudah goyah tapi sebaliknya jika sentiasa ditarbiyah dengan kesusahan, insya Allah ujian mendatang akan mudah dihadapi dengan tenang. ^_^ selesai kem, besoknya terus berangkat berjumpa saudara di Kuala Lumpur, perjumpaan yang begitu bermakna… lama tak bertemu menjadikan pertemuan kali ni adalah pertemuan yang begitu menyentuh hati,,, ^^,… seminggu bersama saudara sekeluarga, seterusnya barulah kaki menjejak kembali ke negeri kelahiran yang sentiasa diingati, kali ni adalah masa bersama family sebelum balik ke Nilam Puri untuk Kursus Pembantu Pelajar bagi adik-adik akan datang. Hari ni, dah berada di Nilam Puri… tapi bisikan ayah, “dah lama tak melekat di rumah ya…?” masih terlintas dalam ingatan… rindu ayah!!! Rindu mak!!! Tapi takdir Allah menentukan segalanya, Dia menghendaki cuti kali ni berakhir dalam keadaan sebegini. Banyak tarbiyah-Nya dalam cuti ni, hati turut teruji!!! Ya Allah, ikhlaskan hati di jalan-Mu… tepatkan keputusan dalam istikharahku… kekalkanlah kami dalam hidayah-Mu… sesungguhnya aku bertawal sepenuhnya pada-Mu dalam segala ketentuan…^_^

No comments: