Assalamualaikum & Salam Mahabbah buat semua sahabat alam maya.. dah lama ana tak ketemu antum & update blog ni.. benar-benar tak sempat, tapi hari ini perasaan ingin berkongsi bersama semua amat melonjak-lonjak rasanya. Jom kita telusuri bersama pengalaman yang ana nak syer bersama semua! :)
Teringat kenangan pertama kali melangkah ke Kota Raya Kuala Lumpur untuk temuduga kerja di tempat yang ana bekerja sekarang. Banyak benar onak & durinya. Hari pertama setelah sampai saje di LRT Kerinci, sambil menunggu 2org sahabat untuk pulang bersama ke Negeri Sembilan sebelum temuduga yang sebenar isninnye, Handphone boleh pulak tercicir tanpa sedar. Berkali-kali didail tapi tiada jawapan, akhir sekali slps solat maghrib call ana diangkat oleh beberapa orang anak muda yang memang bsing-bsing di belakang mereka. Katanya mereka berada di KL Sentral. Memang peluang untuk dapatkan kembali telephone tersebut terlalulah tipis. Akhirnya ana & sahabat mengambil keputusan untuk ke Celcom Centre, Alhamdulillah proses 'block' nombor yang lama telah berjaya & ana tetap pohon untuk menggunakan nom yang sama. Semua urusan selesai dalam tempoh kurang dari 30minit, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Malangnya, semua nombor dah hilang, ana hanya ingat nom phone ayah saje di kampung halaman. Hampir seminggu jugak tak dapat bercakap dengan bonda tercinta kerana acapkali hubungi ayah, pasti saje di luar & xdapat bercakap dengan bonda. Tapi Alhamdullah Allah tekalkan hati & akhirnya dapat jugak kembali nombor-nombor phone keluarga & sahabt2 walaupun tak semua.
Dari Negeri Sembilan untuk hadiri temuduga besoknya, ana terpaksa pulang sendirian ke kerinci untuk bermalam di sana kerana bimbang tak sempat untuk interview. Sebab yang sememangnya tak dapat dielakkan, sahabat ana tak dapat bersama-sama pulang ke Kerinci pada petang ahad tersebut. Kali ni ana sememangnya sendirian melainkan Allah sebagai peneman. Setelah dihantar ke stesen kereta api, ana terus meluru ke gerabak yang menghala ke KL Sentral. Memang penuh, tapi Alhamdulillah ada tempat duduk sementara menunggu tiba di sana. Di KL sentral abang ana janji untuk berikan telefon sementara ana membeli yang baru & di sana jugak ana berjanji untuk ketemu zakiah & pulang ke Kerinci bersama. Sepanjang perjalanan ana dari Ngeri Sembilan ke KL Sentral, tiada telefon sebgai alat penghubung, memang sukar, tapi kadang2 ana terfikir, kenapa payah sangat sedangkan orang zaman sebelum2 ni pon tak de telefon bimbit. Jadi dikuatkan semangat walaupun sebenarnya agak tidak berani musafir sendirian di tengah kota raya tersebut.
Alhamdulillah, setibanya di KL Sentral dengan takdir Allah dipermudahkan urusan ana ketemu zakiah & abang. Semuanya selesai dengan baik, Alhamdulillah....
14 Mei, tarikh interview ana. Alhamdulillah semua berjalan lancar, cuma,,, seperti di UM sebelum ni, dalam kampus ana tak boleh berpurdah tapi di luar alhamdulillah tiada maslah, begitu jugak di tempat kerja ni. Keadaannya agak serupa. Ana terima sebagai 1 realiti kehidupan dalam skop pemikiran masyarakat sekrang & mudah2an dakwah ana meluas pada semua.
Alhamdulillah setelah menunggu beberapa mnit setelah ditemuduga, ana dipanggil kembali ke bilik temuduga & diterima bekerja. Minggu ni, telah genap sebulan ana menapak di tempat kerja ana sekarang. Alhamdulillah pengalaman yang amat membantu ke arah pematangan.
Tapi, sememangnya tak dapat dinafikan dlm setiap perjalan urusan pasti ada badai yang melanda. Saat ini, aku keseorangan mengharungi semuanya & hanya Allah sebagai sebaik2 pembantu. Sahabat2 yang dahulunya sentiasa bersama dalam susah & senang, turut bekerja & berhadapan dengan badai kehidupan masing2. Sememangnya ana & sahabat2 seringkali dididik dengan keadaan 'kesusahan' semasa di universiti sebelum ini, mungkin kali ini ilmu itu ingin diuji Allah pada saat ini. Melihat sejauh mana ilmu itu dipraktikkan & sejauh mana Allah dijadikan tempat pergantungan.
Kami seringkali berhubung tapi hanya melalui telephone & facebook, dah lama tak bersua muka. Teramat rindu pada mereka. Bilalah akan bersua semula... Teringat wajah2 mereka di saat sedih & gembira..Terimbau kembali kenangan2 bersama di saat keperitan dihadapi tanpa mereka. Hinggakan timbul rasa ingin bersama mereka hingga akhir hayat bersama. Namun, takdirNya menentukan segala-galanya, kami terpaksa berpisah buat sementara, Insya Allah sahabat, moga bertemu kembali pada tahun pertama Ijazah di UM kelak Insya Allah..
Nukilan Rindu buat sahabat.. Salam Perjuangan! TAKBIR!!
No comments:
Post a Comment