Saturday, December 22, 2012

~KePELbaGaiaN HidUp ManUSia~


Alhamdulillah akhirnya Allah berikan kesempatan untuk kembali bertinta di alam maya untuk pengakhiran tahun ini. Assalamualaikum & Salam ketenangan buat semua para pengunjung blog ini, semoga setiap perkongsian antara kita diiringi berkat serta redhaNya... (^_^)

Sudah hampir berbulan ana menghabiskan setiap detik masa yang berlalu ini di Kotaraya yang penuh pesat dengan pelbagai 'kesesakan', bermula dari bulan 5 hinggalah saat ini. Suka untuk sama-sama berkongsi pengalaman untuk pengajaran dan muhasabah bersama... :) Jom kita 'sharing'!

Untuk entry kali ni ana prefer untuk syer berkaitan pengalaman hidup orang-orang sekeliling yang boleh kita jadikan iktibar, peringatan & motivasi bersama. ^_^...

 ~PENSYARAH~
Perkenalan dengan pelbagai orang yang berbeza latar belakang, seorang pensyarah, juga antara Exco terpenting di tempat kerja lama ana, kehidupan yang penuh duka apabila dihayati. Awal remajanya penuh dengan kegembiraan bersama sahabat di kampus & rakan sekerja setelah dewasa, kini bergelar ibu tunggal kepada 3 orang anak lelaki,, HERO mama... :) Perkahwinan dengan suami yang menggunakan ubat guna-guna sebagai 'penarik' untuk berkahwin, kaki pukul, tak memberikan nafkah zahir menjadikan kehidupannya penuh rumit mengharungi hari-hari yang perit. Hingga hari ini, walaupun sudah berpisah ilmu-ilmu hitam yang dikenakan ke atasnya masih diteruskan. Pelbagai cara digunakan untuk menyingkirkan sihir-sihir yang dihadapinya termasuklah berubat dengan Ust Haron Din, akhirnya 'benda' yang hidup di dalam badannya (3ekor) masih sentiasa bergerak-gerak memakan & menyakiti badannya. Usaha tetap dituruskan, tetapi ujian Allah tetap mendatang bagi menguji keimanan hamba-hambaNya, masalah kewangan untuk mengharungi hidup keseorangan dengan tanggungjawab kepada 3 orang anak yang masih bersekolah begitu merumitkan kehidupannya. Namun, perwatakannya yang sentiasa ceria mampu mengaburi mata setiap insan sekeliling termasuk pelajar-pelajarnya terhadap penderitaan yang dilalui. Tetapi kata-kata penguat yang turut menjadi motivasi padanya, 
'sejauh mana kita susah, ada lagi orang yang lagi susah dari kita... kalau kita nak yang baik-baik saja, kuranglah pahalanya sebab yang susah tu lebih banyak pahala bila kita berjaya lalui dengan kesabaran & keimanan yang kuat padaNya'

~IBU MUDA~
Bersama kakak yang banyak berjasa. Beza umur kami hanya 4 tahun, namun hidupnya jauh lebih tragis & penuh ujian. Dari awal umurnya setelah baligh, anak tunggal ini 'dijual' oleh ayahnya setelah ayahnya berpisah dengan ibunya. Dengan harga RM2000, hidupnya dari anak kecil berusia belasan tahun berubah 360 darjah. Alhamdulillah, dalam niat buruk itu Allah sertakan bantuan dariNya buat anak yang teraniaya ini. Perkahwinan dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab pada awalnya tak jadi & Allah gantikan dengan seseorang yang jauh lebih baik buatnya walaupun dalam keadaan pemikiran yang masih keanak-anakkan. Suami itu, mengajar agama, matematik, al-Quran dan segalanya umpama si isteri ini seperti anaknya. Beza umur mereka yang terlalu ketara membuatkan dia tidak selesa dengan si suami yang lagaknya seperti seorang ayah. Hingga akhirnya terbuka pintu hati si isteri untuk menerima suaminya dengan redha & alhamdulillah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang kecil lagi comel. (^_^)... Ahli perniagaan yang berjaya dengan niat ikhlas ingin membantu si isteri yang teraniaya ini membekalkan segala keperluan yang cukup & baik buat isteri. Dalam kegembiraan mengharungi kehidupan dunia yang seketika, hidupnya dikejutkan dengan pembunuhan si suami dengan sebab ditetak berkali-kali yang mungkin disebabkan dengki pada kejayaan perniagaannya. Hidupnya kembali menjadi gelap seketika. Akhirnya hari ini, permata-permata hatinya yang menjadi penguat & pengubat jiwa. Seketika ana tinggal & hidup bersama mereka menjadikan diri ini terasa kuat seperti kuatnya aliran hati si ibu ini. Alhamdulillah, dalam keperitan hidupnya ini Allah bekalkan sebuah keluarga angkat yang membantu serta menguatkan kehidupannya dalam mengharungi arus modenisasi hari ini... semoga akak terus kuat & sabar berbekalkan iman yang tinggi, insya Allah...

Banyak lagi kisah-kisah insan sekeliling kita yang boleh dijadikan iktibar. Namun untuk kali ni, ana suka untuk berkongsi perihal mereka berdua. Dalam kesibukan & keindahan pemandangan di kotaraya, Kuala Lumpur ini, masih banyak insan yang mengharungi kehidupan yang penuh onak duri serta ranjau yang berbisa. Hanya kita yang banyak dikurniakan nikmat kebahagiaan ini kadang-kadang lalai dengan kehidupan. Akan datang Insya Allah, ana akan kongsikan kehidupan para 'Homeless' di sekitar Kuala Lumpur jika berkesempatan, Insya Allah... 
Semoga perkongsian ini tidak sia-sia, & membuka hati kita memandang setiap ciptaan & kehidupan itu Allah sertakan dengan ujian masing-masing yang mampu meraka hadapi, kerana Dia lebih tahu kemampuan hambaNya. Jadi, sejauh mana ujian hidup kita hari ini? & sejauh mana kebergantungan kita padaNya hari ini? 




~Di sebalik ketenangan yang ada, tersembunyi seribu satu RAHSIA kehidupan manusia~

No comments: